Sunday, August 29, 2010

RESEPI 6 : KETUPAT SOTONG



Bahan-bahan yg diperlukan:
- 1kg sotong sederhana besar
- 250gram beras pulut
- santan
- seinci halia dipotong halus
- 5 ulas bawang merah dipotong halus
- sesudu kecil halba
- garam
- lidi dipotong kecil

Cara:
1. beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk.
2. masukkan pulut dlm anggaran 3/4 penuh ke dlm sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi utk mengemaskan hujung sotong.
3. santan dicampur dgn halba, halia, bwg merah & garam, masukkan sotong yg telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil utk mengelakkan santan naik kepala.
4. angkat apabila sotong telah masak.
Cadangan Hidangan:
- di makan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih
Tips:
1. kulit sotong yg berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang utk mengelakkan hanyir.
2. resepi dari Terengganu ini tidak menggunakan gula perang atau nisan atau gula seperti resepi Kelantan

RESEPI 5 : TEPUNG PELITA



Bahan-bahan ( mengikut saiz daun pisang yang dibentukkan. )

* 4 auns(112g=1 cawan) tepung beras
* 35 auns(990g= 4 3/4 cawan) santan - dari 1 biji kelapa
* 1/2 sudu kecil garam
* daun pisang secukupnya - dilayukan
* Air Gula :-
* 6 auns (170g) gula pasir
* 5 auns (140g) air
* 3 helai daun pandan - disimpul
* sedikit pewarna hijau - jika suka

Cara-cara

1. Masak air gula dahulu dan sejukkan.Bubuh pewarna hijau jika suka.
2. Daun pisang dibentukkan menjadi kelongsong atau bentuk sampan kecil.
3. Tepung beras,santan dan garam dijadikan satu lalu ditapis..Kacau di atas api hingga masak lebih kurang 20 minit.
4. Masukkan 2 sudu besar air gula ke dalam kelongsong daun pisang. Kemudian masukkan pula adunan tepung tadi memenuhi 1/2 atau 3/4 paras daun pisang. Buat hingga kesemua adunan habis.
5. Susun kelongsong yg berisi adunan ke dalam kukusan yg telah dipanaskan dan kukus hingga masak selama 30 minit.

RESEPI 4 : BRONOK



Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )

* 1 gelas sagu biji kecil
* 3 gelas air
* 3/4 gelas gula pasir
* Sedikit pewarna merah
* 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu teh esen rose

Cara-cara

1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

RESEPI 3 : ASAM GUMPAL



Bahan-bahan ( 20 biji )

* ***untuk buat sagu & inti ***
* 200 gm sagu biji (basuh dan toskan)
* 100 gm kacang hijau
* garam, gula secukup rasa
* ***untuk buat kuah***
* 2 cawan santan
* satu inci halia (dimayang halus)
* sesudu halba
* garam, gula secukup rasa

Cara-cara

Inti

kacang hijau tu seeloknya rendam dulu, kemudian baru rebus sampai empuk. masukkan garam dan gula secukup rasa. kalau inti asam gupal ni manis sikit baru sedap. masak sampai kering, kemudian bulatkan kecik - kecik.

sagu biji yang ditoskan tadi tu siramkan dengan air panas, jangan banyak sangat siramnya, nanti lembik jadi sagunya.

gunakan plastik, ambik sagu tu, kemudian kepal- kepalkan, dah tu leperkan sikit dan isi ngan inti kacang tadi, kepalkan bulat balik. kalau tak guna plastik nanti sagu tu akan melekat kat tangan.

susun dalam loyang dan kukus dalam masa 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu tu masak.

untuk buat kuah---

Campurkan semua bahan, kacau jangan biar santan berketul, kemudian bila dah mendidih masukkan sagu yang dah dikukus tadi.

boleh dimakan panas - panas atau sejuk.

RESEPI 3 : AKOK



Akok Terengganu yang merupakan sajian juadah orang kampung di Terengganu merupakan kuih yang rasanya manis lemak telur ini sungguh sedap semasa dimakan ketika juadah ini masih panas. Juadah ini elok dimakan pada waktu petang ataupun sebagai juadah pemanis mulut ketika berbuka puasa

Bahan-bahan ( 36 biji )

* 5 biji telur
* 200 ml pati santan
* 100 ml air
* 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
* 30 gram tepung gandum
* 3 helai daun pandan- disiat-siat
* 2 cubit garam halus

Cara-cara

1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.

2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.

3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.

4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

RESEPI 2 : LAKSAM



Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 3cawan tepung beras
* 1/2 cawan tepung gandum
* 4 cawan air suam

bahan kuah:

* Ikan(direbus dan dibuang tulang)
* Sedikit halia, bawang putih, bawang merah/besar dan lada hitam/serbuk lada
hitam
* Santan
* Asam keping
* Sedikit garam, gula merah/gula

Bahan ulam

* timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

cili:
* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara

1. Cara buat laksam:

Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

2. Untuk kuah:

kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

3. Untuk cili:

cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

RESEPI 1 : Nasi Dagang


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

NASI

* 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
* 1/2 tin santan
* garam dan gula
* 1 sudu besar halba
* bawang dan halia (hiris halus2)
* air

GULAI IKAN TONGKOL

* 1 tin santan
* 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia dan 4 cm lengkuas
(semua bahan dimesin hancur)
* 15-20 tangkai cili kering
* 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
* 6 keping asam keping
* garam dan secubit ajinomoto
* gula
* 5-6 biji cili padi
* 1 ekor ikan tongkol
* 1 cm belacan

ACAR

* 2 batang timun
* 1 batang lobak merah
* 1/2 biji bawang besar
* 1 biji lada besar
* cuka, garam, gula (secukup rasa)

Cara-cara

1. NASI:

Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

2. KUAH

GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

3. ACAR:

Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

Batu Penyu




KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Mohamad Salleh, 64, atau lebih dikenali sebagai Pak Nor, boleh memungut lebih 9,000 biji telur penyu setiap malam di sekitar pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu.

Batu berbentuk penyu (Ibu Penyu) dipercayai sebagai punca hadirnya penyu di Rantau Abang.

Ketika itu biasanya dari bulan Jun hingga Oktober, rutin Pak Nor ialah berjaga hingga ke subuh menanti kehadiran penyu. Adakalanya jumlah penyu yang naik untuk bertelur mencecah 200 ekor setiap malam.

Hari ini, Rantau Abang hanyalah sebuah perkampungan biasa yang sunyi. Kadangkala pemandu yang melalui kawasan tersebut hampir terlupa ia pernah menjadi tumpuan ramai suatu masa dahulu.

Bagi bekas pemungut telur penyu seperti Pak Nor, pendaratan penyu selama ini kononnya dikaitkan dengan kewujudan sebuah batu menyerupai bentuk penyu di atas Bukit Cik Hawa di situ.

Walaupun ada yang menganggapnya sebagai tidak masuk akal, cakap-cakap mengenai ‘hubungan’ batu itu dengan kehadiran penyu tidak pernah dinafikan oleh golongan tua di kampung berkenaan.

Berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, seekor penyu gergasi datang dari laut dan naik ke atas bukit tersebut. Ia akhirnya bertukar menjadi batu.

Penyu jantan dalam sungai

“Sejak kecil lagi saya dah dengar cerita mengenai batu itu. Orang kata, selama ini penyu datang bertelur di Rantau Abang kerana ada ‘ibu penyu’ di atas bukit itu,” katanya membuka cerita.

Namun, sehingga kini tidak ada siapa tahu bila dan siapa yang menemui batu sepanjang kira-kira 3.5 meter tersebut.

Menurut Pak Nor, tahun 70-an dan 80-an dianggap sebagai kemuncak pendaratan pelbagai spesies penyu seperti agar, belimbing dan lipas di kawasan pantai berkenaan.

Calet dan rumah tumpangan penuh sesak dengan pelancong dari dalam dan luar negara. Mereka ghairah untuk melihat sendiri pelbagai jenis penyu merangkak naik ke pantai dan kemudian membuat lubang untuk bertelur.

“Waktu itu memang meriah, saya sendiri kerja sampingan mengutip telur penyu dengan upah RM100 setiap bulan selain kerja tetap sebagai nelayan,” katanya.

Namun, kerancakan Pak Nor bercerita mengenai penyu terhenti seketika apabila ditanya mengapa kini kehadiran haiwan itu sekadar jadi kenangan di Rantau Abang.

“Ada orang percaya batu penyu itu sudah ‘mati’ dan rosak sebab dulu ramai yang datang melihat dan menyentuhnya. Sesetengah orang menganggap itulah punca penyu sudah tak datang lagi,” katanya.

Ujarnya, sebelum ini batu tersebut berbentuk seakan-akan seekor penyu, namun lama-kelamaan ia mula hilang bentuk ekoran batunya mulai pecah dan diambil orang.

Menurut Pak Nor, sebenarnya ada dua buah batu penyu di Rantau Abang. Satu lagi tertanam di dalam sungai di laluan masuk ke Bukit Cik Hawa tetapi ramai yang tidak menyedarinya.

Ujarnya, walaupun ada usaha pihak tertentu mencari dan menaikkan batu tersebut, sehingga kini ia tidak berhasil, malah lokasi sebenarnya juga menjadi tanda tanya.

“Menurut cerita, batu penyu di dalam sungai itu adalah penyu jantan. Pasangannya ialah batu penyu di atas bukit yang merupakan penyu betina,” katanya.

Pelancong buat maksiat

Selain teori kewujudan batu penyu tersebut, ada juga yang percaya ‘kekotoran’ yang dibawa oleh pelancong ke kawasan itu satu ketika dahulu mengundang padah kepada Rantau Abang.

GENERASI kini semakin sukar melihat penyu mendarat di Rantau Abang.

Menurut seorang penduduk, Hanatrah Seman, 35, sesetengah penduduk percaya penyu enggan menjejakkan kaki ke kawasan itu kerana banyak aktiviti maksiat dan tidak sihat di kawasan itu pada masa itu.

“Dulu ada yang datang berpasangan dan minum arak semasa menginap di kawasan ini. Orang tua ada yang menyalahkan perbuatan tersebut punca kemunduran kawasan ini,” kata pengusaha Kedai Makan Suhana ini.

Ujar Hanatrah, penyu pernah memberi kesenangan kepada keluarganya apabila kedai makan mereka mendapat keuntungan besar berikutan kehadiran pelancong pada musim penyu bertelur.

“Dulu kedai kami dibuka dari pukul 6 pagi sampai 5 pagi keesokannya sebab ramai yang datang untuk melihat penyu bertelur.

“Pada masa itu memang tak menang tangan melayan pelanggan dan boleh dapat sampai RM1,000 sehari. Bayangkan RM1,000 pada masa itu, memang besar nilainya,” katanya.

Menurut Hanatrah yang mewarisi kedai itu daripada orang tuanya, pada masa ini bukan sahaja penyu sudah tidak kelihatan malah sukar untuk mendapat RM100 sehari walaupun berniaga sehari suntuk.

Bagaimanapun, sebagai generasi muda, Hanatrah mempunyai pandangan tersendiri mengenai kemerosotan jumlah penyu dan ia bukan semata-mata akibat ‘sumpahan’ batu penyu.

Baginya pencemaran dan penggunaan pukat oleh nelayan secara berleluasa adalah punca yang menyumbang kepupusan haiwan tersebut


Sumber : Kosmo

Wednesday, August 25, 2010

NACC




Pintu masuk ke kompleks utama. Ada dua tingkat. Sudut pameran, kedai jualan dan
koleksi batik dan songket di tingkat atas manakala tingkat bawah adalah
sudut demonstrasi batik dan kraf lain.

NACC ialah Noor Arfa Craft Complex Noor Arfa adalah nama sebuah syarikat pengusaha batik paling terkenal di Malaysia dan juga telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Noor Arfa diasaskan pada 1980 oleh pasangan Wan Mohd. Ariffin dan Noor Hijerah yang mulanya mengusahakan kilang batik secara kecil-kecilan di pinggir Kuala Terengganu. Titik tolak perniagaan ini dimajukan bermula setelah pasangan ini berjaya merekacipta corak dan rekaan yang lain daripada yang lain dan berjaya mendapat perhatian pasaran batik baik di dalam Terengganu mahupun luar. Sehingga sekarang, permintaan terhadap batik Noor Arfa ini sangat menggalakkan.

Menjelang 2006, Noor Arfa telah maju setapak lagi dengan membina NACC. bertempat di Kawasan Perindustrian Chendering, kira-kira 5 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu. Dengan keluasan sehingga 2.5 hektar dan pekerjanya yang seramai kira-kira 200 orang, kompleks ini merupakan ang terbesar seumpamanya dalam negara. Untuk lagi informasi lengkap, anda boleh berkunjung ke laman web Noor Arfa sendiri di http://www.noor-arfa.com.my/

Rekabentuk bangunan dan landskapnya sangat menarik. Lengkap dengan tempat letak kenderaan yang boleh menampung sehingga 20 buah bas dalam satu satu masa. Ada juga disediakan warung makan, kiosk, surau dan tandas di luar bangunan. Dalam bangunan utama pula, terdapat pusat jualan batik, bilik pameran, pusat penerangan pelancong, muzium kraf, kiosk demonstrasi dan lain-lain yang berkaitan dengan kraftangan.

Tuesday, August 24, 2010

Masjid contoh di Felda


Felda bercadang membina sebuah masjid contoh dalam kawasan tanah rancangan Felda dan menjadikannya sebagai pusat pembangunan masyarakat, selain tempat beribadat.

Sejajar dengan konsep Mesra Felda, masjid itu akan dilengkapi dengan klinik, perpustakaan dan tadika di samping digerakkan program-program berkaitan remaja dan belia.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Nor berkata, pihaknya akan meneliti 400 masjid di kawasan tanah rancangan untuk dipilih bagi menjayakan usaha itu.

"Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat masjid moden di negara ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sagu Hati kepada 19 Pengerusi Masjid Dalam Rancangan Felda Wilayah Terengganu dan Majlis Berbuka Puasa di Felda Residence Kuala Terengganu di sini semalam.

Beliau berkata, masjid berkenaan bukan sahaja akan menjadi tempat beribadat tetapi juga mempunyai infrastruktur yang memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Jelasnya, rancangan berkenaan mungkin dilaksanakan dengan menaik taraf masjid sedia ada kerana pembinaan masjid juga memerlukan persetujuan jabatan agama.

Katanya, institusi masjid akan turut berperanan menyebarkan maklumat pembangunan dan penjelasan mengenai permasalahan berkait dengan Felda dan masyarakat peneroka.

''Ia juga dapat mendekatkan pihak pentadbiran dengan peneroka bagi menyelesaikan pelbagai perkara termasuk untuk mencapai sasaran pekerja ladang sehingga 40 peratus terdiri daripada orang tempatan berbanding sekarang 14 peratus," katanya.

Beliau berkata, penyampaian maklumat berhubung prestasi dan pembangunan Felda juga akan menangkis sebarang hasutan dan tuduhan buruk yang dilemparkan.

Tambahnya, tindakan itu akan memastikan mereka yang bermotif politik atau berniat jahat terhadap kejayaan Felda, tidak akan mengganggu-gugat Felda.

UMT agih 2,000 bubur lambuk 1 Malaysia

Para pelajar pelbagai kaum di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan Program Bubur Lambuk 1Malaysia yang dimasak secara bergotong-royong di Dataran Canselori, UMT, Kuala Terengganu, semalam.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini turut tidak terkecuali untuk menjayakan acara tradisi yang dikenali Program Bubur Lambuk 1Malaysia.

Persiapan dilakukan seawal pukul 9 pagi oleh para mahasiswa dan kakitangan UMT untuk menyediakan enam kawah bubur lambuk dengan tiga resipi berbeza dari Terengganu, Kedah dan Johor.

Program yang julung-julung kalinya diadakan itu bertujuan mengukuhkan hubungan antara pelajar dan kakitangan UMT selain memperkenalkan menu tersebut kepada mahasiswa antarabangsa.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim, program tersebut bakal dijadikan acara tahunan.

"Sebelum ini, kita juga pernah mengadakan program memasak asyura secara beramai-ramai di sini dan ekoran sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa, pada tahun ini kita anjurkan pula memasak bubur lambuk.

"Program ini dilihat dapat mengeratkan silaturahim di kalangan warga kampus serta mendedahkan kalangan pelajar antarabangsa terhadap keenakan juadah berbuka ini," katanya.

Sebanyak 2,000 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada seluruh warga UMT kira-kira pukul 2 hingga 4 petang.

Sementara itu, seorang mahasiswa dari Palembang, Indonesia, Nanda Al-Humairah, 20, mengakui amat teruja dapat menyertai program memasak bubur lambuk itu kerana ia merupakan kali pertama dia melihat sendiri juadah itu dimasak.

Mahasiswa tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran itu berkata, dia sebelum ini hanya mendengar tentang juadah tersebut.

''Saya tidak sabar untuk menikmati bubur lambuk setelah seharian mengacau bersama teman-teman.

"Pastinya enak apabila dapat dinikmati bersama pada waktu berbuka nanti," jelasnya.

Terharu terima sumbangan Tuanku Mizan

Mek Ngah Embong, 85, mengesat air mata kerana terharu selepas menerima bantuan daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan pada majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin sempena Aidilfitri di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Ramadan sudah masuk hari ke-12 dan Ahmad Haris Ikhwan, 8, belum meninggalkan puasa biarpun pada tahun pertama dia mencuba.

Tubuhnya agak susut namun Ahmad Haris kelihatan lincah dan bercerita tentang keseronokan berbuka puasa di samping tidak sabar menunggu raya.

Betapa gembiranya dia semalam kerana seolah-olah diberi hadiah kerana keupayaannya berpuasa dengan duit raya yang begitu banyak.

Dia menerima duit raya daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin semalam.

"Saya tak bangun sahur. Tapi seronok sangat hari ini...Tak sangka saya dapat duit raya yang diberikan oleh Tuanku Mizan sendiri.

"Saya akan simpan duit ini sebab baju dan kasut raya dah beli awal-awal lagi," ujarnya ketika ditemui selepas majlis tersebut di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini semalam.

Ahmad Haris merupakan antara 210 murid sekolah rendah dan menengah dari tujuh sekolah di seluruh negeri ini yang menerima bantuan sebanyak RM150 seorang.

Di samping itu, seramai 330 fakir miskin menerima bantuan wang tunai dan pakaian daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Bagi Nor Faizah Akmal Mazalan, 11, pula, dia amat gembira kerana menerima bantuan tersebut pada tahun ini.

Jelasnya, sumbangan yang diterimanya ini dapat membantu meringankan beban ibu dan bapanya membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya bapa dan ibunya mahu menggunakan duit yang diterima tersebut untuk kegunaan keluarga.

"Baju dan kasut raya dah beli jadi duit ini saya akan simpan di bank jika bapa dan ibu telah cukup duit untuk belanja raya.

"Bapa saya seorang nelayan manakala ibu tidak bekerja dan saya mempunyai lapan orang adik-beradik," ujarnya yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Duyong dekat sini.

sumber : metro

ARYANI RESORT : Reka bentuk tradisi Kesultanan Melayu




REKA bentuk bangunan dan landskap berkonsepkan kesenian Melayu klasik di Aryani Resort, Merang, Terengganu memang menarik perhatian pengunjung.
REKA bentuk bangunan dan landskap berkonsepkan kesenian Melayu klasik di Aryani Resort, Merang, Terengganu memang menarik perhatian pengunjung.

Aryani bermaksud kembali kepada asal menampilkan pemandangan indah di setiap pelosok pusat peranginan terkenal itu terutama reka bentuk bangunannya yang melambangkan tradisi kesultanan Melayu selain perabot daripada kayu antik.

Tiga pondok rehat berhampiran kolam renang dibina mengikut tradisi masyarakat Melayu iaitu atap daripada bata merah yang sering digunakan pada masa dahulu manakala tiang dan lantainya penuh kesenian Melayu.

Pondok utama di sebelah kiri kolam mandi digunakan untuk majlis rasmi seperti pertunjukan gamelan dan upacara mandi bersiram bagi pasangan pengantin yang menginap di resort itu.

Di pondok itu diletakkan permainan alat muzik tradisional, gamelan bagi membolehkan pengunjung bermain alat muzik itu selain sebagai perhiasan.

Kolam renang dibina berbentuk empat segi dan keluasan yang agak sederhana manakala lantainya menggunakan batu marmar air berwarna kekuning-kuningan.

Resort milik Datuk Raja Kamarul Bahrin Ahmad Shah yang dibina lebih 10 tahun lalu itu turut memiliki sebuah bangunan ala rumah pegawai kerajaan Inggeris yang menggunakan ukiran kayu berseni.

Resort seluas enam hektar itu juga dikaitkan dengan perkampungan nelayan yang memiliki suasana persekitaran semula jadi terutama kawasan berhampiran pantai dan pokok kelapa.

Aryani Resort menawarkan 20 vila dan biliknya direka sebagai kombinasi keadaan alam sekitar yang dikelilingi kayu jati yang licin dan dan penuh berseni.

Kelengkapan lain ialah televisyen, telefon IDD, mini bar, peti ais dan kipas siling.

Saturday, August 21, 2010

Perkaya ubati rawan hati anak yatim




Sebahagian anak yatim gembira melihat kain yang diterima daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu di Besut, baru-baru ini.

BESUT 19 Ogos - Kain yang diterimanya itu digenggam erat dan terpancar keriangan di wajahnya, membayangkan cantiknya apabila ia menjadi sepasang baju kurung untuk dipakai semasa Aidilfitri.

Murni Ahmad, 12, memberitahu dia akan mengajak ibu saudaranya ke rumah tukang jahit di kampungnya dan berharap tempahan yang agak lewat itu tidak akan ditolak.

Ini merupakan sumbangan terbaharu yang diterimanya selain duit raya sepanjang bulan Ramadan ketika rezeki anak yatim piatu itu melimpah ruah.

Ibu dan bapanya meninggal dunia dalam kemalangan beberapa tahun lalu.

Dia adalah antara 274 murid tahun 3 dan tahun 6 dari 50 buah sekolah rendah dalam lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Jerteh, Kuala Besut, Hulu Besut, Kota Putera dan Jabi yang menerima bantuan tersebut baru-baru ini.

Setiap murid lelaki dan perempuan menerima kain untuk membuat pakaian baju Melayu dan baju kurung bersama wang raya sumbangan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (Perkaya) cawangan Besut.

Penyampaian disempurnakan oleh ADUN Jabi, Ramlan Ali yang juga Pengerusi Asrama Perkaya Besut dan turut dihadiri oleh Pengerusi Perkaya Besut, Abdul Rashid Awang.

Menurut Abdul Rashid, sumbangan yang diberi merupakan sebahagian daripada usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik itu untuk sama-sama merasai kemeriahan menyambut Aidilfitri.

"Kita berharap nanti lebih ramai pihak yang berkemampuan tampil untuk menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim serta yatim piatu ini supaya mereka tidak rasa terpinggir.

"Sekurang-kurang dengan bantuan yang diberikan ini kesedihan anak-anak yatim dan yatim piatu untuk menyambut lebaran walaupun tanpa kedua ibu bapa mereka tidaklah ketara, "ujarnya.

Abdul Rashid berkata, pada kali ini peruntukan yang disediakan kepada mereka yang dipilih dari sekolah-sekolah rendah berkenaan berjumlah RM27,400.

Katanya, sejak 30 tahun lalu, Perkaya Besut telah membelanjakan lebih RM450,000 untuk menyediakan pakaian hari raya dan wang raya kepada lebih 4,500 anak-anak yang tidak bernasib baik.

Sementara itu, Ramlan dalam ucapannya berkata, kerja-kerja menjaga kebajikan memang tidak diberikan upah tetapi jika dilakukan dengan ikhlas akan dapat memberikan ketenangan jiwa kepada seseorang.

Friday, August 20, 2010

Tangkap ikan guna tangan



KETENANGAN dek kehijauan alam semula jadi di Tasik Kenyir memang memukau pandangan. Kebiruan yang memenuhi pemandangan ditambah dengan kicauan pelbagai spesies burung mendamaikan hati yang gundah.
KENANGAN...mandi bersama ratusan ikan kelah meninggalkan 1,001 kenangan manis.
KENANGAN...mandi bersama ratusan ikan kelah meninggalkan 1,001 kenangan manis.
sebelum - selepas
NYAMAN...kedinganan air terjun yang cukup menyamankan HERBA...pelbagai spesies herba yang terdapat di Taman Herba Tasik Kenyir SYURGA...kepelbagaian spesies ikan air tawar menjadikan Tasik Kenyir sebagai syurga kaki pancing


NYAMAN...kedinganan air terjun yang cukup menyamankan
Terletak di Hulu Terengganu, Tasik Kenyir pasti menjanjikan detik percutian menakjubkan dengan keheningan dan kehijauan alam semula jadi yang mungkin tidak pernah diintai sebelum ini.

Bagi pasangan yang baru berkahwin, inilah tempat paling sesuai untuk berbulan madu.

Penulis serta rakan media dan badan korporat turut merasai kedamaian itu ketika menyertai Program Kembara Cuti-cuti 1Malaysia Terengganu, baru-baru ini.

Keindahan dan kepelbagaian flora dan fauna di tasik buatan manusia terbesar dan tercantik di Asia Tenggara itu memang indah.

Dengan memiliki 340 pulau, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di situ bagi melepaskan tekanan selepas penat bekerja.

Destinasi pertama yang kami lawati ialah Kelah Santuari Sungai Petang, kira-kira 21 kilometer dari jeti Pangkalan Gawi.

Untuk sampai ke Kelah Santuari itu, kami terpaksa merentas hutan kira-kira 45 minit. Keletihan memang dirasai, namun apabila sampai ke Lubuk Kejor, kepenatan hilang begitu saja ketika melihat ribuan ikan kelah berebut makanan.

Keseronokan dirasai apabila seorang demi seorang turun ke permukaan air dan cuba menangkap ikan kelah dengan menggunakan tangan.

Pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan apabila rombongan berpeluang mandi bersama spesies ikan kelah di santuari Kelah Hijau atau lebih dikenali Kejor.

Destinasi kedua yang kami lawati di tasik yang hampir menyamai saiz Singapura itu adalah Taman Herba Tasik Kenyir di kawasan seluas 15.84 hektar di Pulau Sah Kecil.

Di taman herba itu, ada lebih 12,500 spesies tumbuhan berbunga ditemui di Malaysia dan lebih 1,200 spesies direkodkan ada nilai perubatan yang penting.

Antara pokok herba yang boleh anda temui ialah tongkat Ali, kacip Fatimah, jerangau dan mas cotek.

Selain pandangan mata disajikan dengan pelbagai jenis pokok yang ditanam dengan tersusun dan susun atur landskapnya, kami juga dihidangkan dengan air tongkat Ali dan mas cotek di Pondok Herba.

Menariknya, air herba yang dihidangkan direbus di pondok itu tanpa campuran bahan-bahan lain.

Bagi yang sukakan cabaran dan ingin mandi-manda dengan air yang dingin sambil ditemani kehijauan alam semula jadi, terdapat 14 air terjun di Tasik Kenyir.

Antara air terjun yang pastinya menggamit hati ialah air terjun Lasir, Petuang Rapid, Tembat, Lata Terap, Soak, Petang dan Sungai Buweh yang menjanjikan kedinginan air terjun yang pasti meninggalkan kenangan.

Rombongan kami tidak bernasib baik kerana tidak sempat berkunjung ke salah satu daripada 14 air terjun iaitu air terjun Lasir kerana kesuntukan masa.

Selain daripada tempat-tempat yang kami lawati, Tasik Kenyir juga dianggap 'syurga' kaki pancing kerana pelbagai spesies ikan sungai termasuk kelah, lampam, sebarau, baung dan tapah yang hidup bebas di tepian air terjun, jeram, lubuk dan sungai dalam tasik itu.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah melihat burung, berkayak, jelajah hutan, menyusuri tasik dengan menaiki bot atau meneroka gua.

Satu perkara lagi yang pasti membuatkan anda terpesona di Tasik Kenyir adalah pemandangan waktu senja di kala matahari terbenam yang cukup cantik.

Ia membuatkan anda teringin datang lagi untuk melihat khazanah alam semula jadi yang tiada ternilai indahnya.


>INFO
> Tasik Kenyir adalah tasik buatan terbesar di Asia Tenggara.
> Kaya dengan spesies ikan air tawar.
> Meliputi 209,199 hektar dan 340 pulau.
> Mempunyai 14 air terjun yang cantik

Bagaimana ke sini
> PERJALANAN memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Tasik Kenyir mengambil masa kira-kira enam jam dengan jarak 520 kilometer dan 45 minit atau 60 km dari bandar Kuala Terengganu.

Tuesday, August 17, 2010

HOTEL

Lokasi : Awana Kijal & Beach Resort

Aktiviti : PENGINAPAN, RESTORAN, GOLF
Kemudahan : HOTEL 343 BILIK, PANGSAPURI, RESTORAN, PADANG GOLF

Lokasi : Strawberry Park Teluk Senanjang
Aktiviti : PENGINAPAN, RESTORAN
Kemudahan : HOTEL 315 BILIK

TAMAN REAKREASI

Lokasi : TAMAN REKREASI BAKAU TINGGI

Aktiviti : KAYAK,RESTORAN TERAPUNG
Kemudahan : TAMAN PERMAINAN, ’JUNGLE WALK’,WAKAF,JETI MEMANCING,TANDAS

Lokasi : TAMAN BANDAR CHUKAI

Aktiviti : REKREASI AKTIF
Kemudahan : ASTAKA, PADANG AWAM, TMN PERMAINAN KANAK-KANAK, TREK JOGGING,OPEN GYM

Lokasi : Pusat Rekreasi Cheneh (CRR)

Aktiviti : Rekreasi, Kem Motivasi
Kemudahan : Kem Motivasi, Hotel, Asrama, Chalet, Kawasan Perkhemahan, Restoran, Bilik Mesyuarat, Trek Joging, Gim, 12 Pusat Roupe Course, Golf Driving range.

Lokasi : PANTAI MA' DAERAH

Aktiviti : PUSAT SANTUARI PENYU & PERKELAHAN
Kemudahan : PUSAT PENERANGAN & PENETASAN PENYU, PEJABAT, PAPAN TANDA, JLN MASUK TIDAK BERTURAP

PANTAI

Lokasi : Pantai Teluk Mak Nik, Geliga Kemaman

Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Wakaf, taman Permainan, Kiosk & Tandas Awam, Papan Tanda, TLK, Tong Sampah, Jalan Berturap.

Lokasi : Pantai Kemasik, Kemaman

Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Wakaf, Taman Permainan, Kiosk & Tandas Awam, Papan Tanda, TLK, Tong Sampah, Jalan Berturap, Surau

Lokasi : Pantai Cagar Hutan, Kemaman
Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Jalan Masuk Tidak Berturap

Lokasi : Pantai Teluk Air Tawar, Kemaman
Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Resort Dengan Kemudahan Chalet, Jalan Masuk Berturap

Lokasi : Pantai Kuala Kertih, Kemaman

Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Resort Dengan Kemudahan Chalet, Jalan Masuk Berturap

Lokasi : Pantai Tanjung Kemasik, Kemasik Kemaman

Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Jalan masuk Tidak Berturap

Lokasi : Pantai Bukit Tampin, kemasik Kemaman
Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Wakaf, Jalan Masuk Berturap

Lokasi : Pantai Penunjuk, Kijal Kemaman

Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Wakaf, Taman Permainan Kanak-Kanak, Papan Tanda, Jalan Berturap.

Lokasi : Pantai Teluk Puchong, Kijal Kemaman
Aktiviti : Perkelahan, Perkhemahan
Kemudahan : Wakaf, Gelanggan Futsal,Taman Permainan, Gerai Makan, Kiosk & Tandas Awam, Papan Tanda, TLK, Tong Sampah, Jalan Berturap, Surau.


Lokasi : Pantai Telaga Simpul, Teluk Kalong Kemaman

Aktiviti : Perkelahan, Beriadah
Kemudahan : Wakaf, Taman Permainan, Gerai Makan, Kiosk & Tandas Awam, Papan Tanda, TLK, Tong Sampah, Jalan Berturap, Surau.

AIR TERJUN




Air terjun
Lokasi : Air Terjun Penitih
Aktiviti : Perkelahan, Perkhemahan
Kemudahan : Jalan Masuk "Crusher Run" (Sebahagian Sahaja)

Lokasi : Air Terjun Menderu
Aktiviti : Perkelahan, Perkhemahan
Kemudahan : Wakaf, Tandas Awam, Surau, Bangku, TLK, Tong Sampah, Papan Tanda, Jalan Masuk Berturap (Sebahagian Sahaja)


Lokasi : Air Terjun Jeram Tanduk
Aktiviti : Perkelahan, Perkhemahan.
Kemudahan : Perkelahan, Perkhemahan Jalan Masuk "Crusher Run" (Sebahagian Sahaja)

ZOO KEMAMAN


Lokasi: TAMAN REKREASI DAN MINI ZOO KEMAMAN
Aktiviti: Taman Tema Air, Menaiki Jambatan Gantung, Taman Orkid, Akuarium, menara Tinjau, Air Terjun, Sangkar Burung Pelbagai, Dusun Buah-Buahan, Taman Herba
Kemudahan : Wakaf, Surau, Trek Pejalan Kaki, Tandas Awam, Kiosk


Taman Rekreasi dan Mini Zoo ini telah dibuka kepada orang ramai pada 11 April 2009 dan ianya terletak di Kampung Ibok/Bukit Takal (sesetengah mengejanya dengan Bukit Takar).


peta-lokasi-zoo-kemaman2

[klik pada peta untuk imej yang lebih besar]

simpang-kijal-ke-zoo

Untuk ke sana, bagi mereka yang tinggal di Cukai mungkin tidak mempunyai sebarang masalah.

Bagi mereka dari luar, kalau dari utara [melalui jalan pantai - Jalan Persekutuan Laluan 3] boleh belok ke kanan [Laluan T6] di persimpangan lampu isyarat selepas pekan Titian Berayung, Kijal. Terdapat papan tanda besar di tepi jalan. Terus dengan Laluan T6 melepasi Kg. Bukit Anak Dara dan Kampung Jong Berlabuh hingga ke persimpangan Laluan T13, belok kanan. Di Laluan T13, selepas ‘pekan’ Kg. Ibok terus ke Laluan T131.

kelip-kelip-yah-yah

Dari sini, anda tidak akan terlepas zoo tersebut yang terletak kira-kira 5km dari kawasan kelip-kelip Sungai Yak-Yah – satu lagi tempat menarik di Kemaman.

signage-zoo-kemaman

Kalau dari selatan, apabila memasuki bandar Cukai, anda akan belok ke kiri ke Jalan Air Putih [Laluan T8] di persimpangan “digital” [itu yang dipanggil oleh orang Kemamang - yang mempunyai jangkamasa digital lampu hijau/merah]. Kira-kira 2km terdapat persimpangan lampu isyarat ke kanan [Laluan T131] untuk ke Kg. Mak Chili dan Kg Ibok. Taman ini terletak di sebelah kanan sekitar 5-6km dari persimpangan tersebut.

pintu-masuk-zoo

Pintu masuk utama jelas menandakan tempat yang anda cari. Tempat letak kereta terletak di sebelah kiri seberang jalan. Selamat berkunjung!

sumber: http://akarimomar.wordpress.com/2009/04/13/taman-rekreasi-mini-zoo-kemaman/

SEJARAH KEMAMAN


DAERAH KEMAMAN merupakan daerah yang paling hujung ke Selatan Negeri Terengganu Darul Iman. Daerah ini dengan keluasan kira-kira 8,000 batu persegi (254,000 hektar) ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun bersempadan dengan Laut China Selatan.
Bancian penduduk sehingga 1940-an menunjukkan daerah ini juga yang ketiga dari segi jumlah penduduknya selepas Kuala Terengganu dan Besut. Bagaimanapun, bancian ini telah berubah selepas penemuan petroleum sekitar tahun 1970-an yang meletakkan daerah ini di tempat kedua selepas Kuala Terengganu.
Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Cukai. Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :
1. Kawasan pantai.
2. Kawasan Pedalaman
3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai)

Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dengan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.
Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan. Justeru itu, penempatan yang berlaku ada hubungkait dengan aktiviti ekonomi setempat.
Di samping itu, kawasan kaki bukit daerah ini mempunyai jumlah penduduk kedua teramai. Kawasan ini terletak antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini ialah sebagai petani.
Dari segi sejarah awal, Kemaman sudah mula dikenali sejak kurun kedua sebelum Masihi dengan nama “KOLE”. Ini berdasarkan kepada peta Semenanjung Tanah Melayu yang dibuat oleh Ptolemy (ahli kaji bintang dan Ilmu Alam Greek, lahir di Mesir pada kurun kedua sebelum Masihi) mencatatkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur iaitu “ Perimula” dan “Kole”. Ahli Sejarah sependapat bersetuju bahawa “Perimula” adalah Kuala Sungai Terengganu manakala “Kole” pula adalah Kemaman.
Dalam pada itu, sejarah pembukaan daerah ini masih kabur ekoran tiada catatan bertulis dan bukti-bukti sahih mengenainya. Namun begitu, pakar sejarah tempatan bersetuju bahawa daerah ini mula diterokai kira-kira 300 tahun dahulu oleh Che Wan Teh dan pengikut-pengikutnya. Che Wan Teh berketurunan bangsawan Pahang telah berhijrah ke daerah ini dari Kuala Pahang berikutan kekacauan dan huru-hara yang sering berlaku di sana. Beliau telah membuka penempatan di kawasan pantai dan kampung pertama yang mula diterokai ialah kampung Bukit Mengkuang. Sebelum kedatangan kumpulan orang Melayu, daerah (kawasan ini) mulanya didiami oleh kaum Sakai yang kemudiannya berpindah ke kawasan pedalaman.
Setelah beberapa lama berkampung di Bukit Mengkuang, Che Wan Teh telah berpindah membuka perkampungan baru berhampiran muara Sungai Kemaman dikenali Tanjung Geliga. Penempatan baru ini juga tidak selamat kerana sering diganggu oleh ancaman lanun dan perompak. Oleh itu, Che Wan Teh dan pengikutnya sekali lagi berpindah dan meneroka kawasan baru di tebing Sungai Kemaman (kira-kira tiga kilometer dari Tanjung Geliga). Tempat ini kemudiannya dikenali sebagai Cukai. Peristiwa ini dapat dikukuhkan dengan adanya sebuah perkuburan lama di kawasan berkenaan. Che Wan Teh dikatakan meninggal dunia tidak beberapa lama selepas membuka Kampung Cukai. Pengikut-pengikutnya serta generasi selepas beliau kemudiannya meneruskan penerokaan kawasan-kawasan baru berikutan pertambahan penduduk dan keperluan tanah pertanian yang baru.
Selain versi secara lisan, terdapat versi lain yang merujuk kepada catatan bertulis mengaitkan pembukaan daerah Kemaman dengan bangsawan Patani yang dikenali sebagai Lebai Saris. Bagaimanapun, versi ini mencatatkan peristiwa awal abad 19 iaitu semasa Terengganu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Syah I (1808-1830) dan secara tidak langsung merupakan kesinambungan kepada proses pembukaan daerah Kemaman oleh Che Wan Teh.

Monday, August 16, 2010

2,000 penduduk Kijal dirai sempena Ramadhan

Kehadiran MB sampaikan cenderahati penaja meriahkan program

CHUKAI: Ramadan tahun ini mungkin paling bermakna buat penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, di sini apabila kawasan mereka dipilih menjadi lokasi program Semarak Ramadan anjuran Berita Harian, yang masuk tahun kedua penganjurannya.
Keceriaan jelas terpancar di wajah seluruh penduduk daerah ini terutama warga miskin, ibu tunggal dan warga emas hinggalah peniaga di bazar Ramadan apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyampaikan cenderahati daripada Kumpulan Ambank; Padi Beras Nasional (Bernas); Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (YUTA); Petronas dan MKT Link Sdn Bhd (MKT Link).
Lebih 2,000 penduduk daripada beberapa kampung sekitar Kijal kemudian memeriahkan majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar di Masjid Kampung Batu 9, di sini, yang mana pada majlis itu sumbangan turut disampaikan kepada 15 anak yatim dan 23 penduduk miskin menerima barangan makanan daripada Berita Harian.

Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib; Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mahfar Ali; Pengarah Perhubungan Awam Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali dan Pengurus Wilayah 5 – Pahang, Terengganu dan Kelantan AmBank, Mohd Nawi Mohd Yusoff.

Terdahulu, Ahmad dengan diiringi Mahfar, Syed Ali dan Mohd Nawi melawat bazar Ramadan di pekan Kijal dan menyerahkan beg berisi barangan sumbangan AmBank berupa topi dan kemeja T, apron sumbangan Petronas dan sabun pencuci MAMMA sumbangan MKT Link, selain 2,000 naskhah Berita Harian yang diedarkan secara percuma kepada lebih 70 peniaga di situ.

Selain itu, Semarak Ramadan kali ini turut diisi dengan majlis penyampa- ian sumbangan wang zakat bernilai RM350 oleh Menteri Besar kepada 744 penerima pada majlis di Dewan Sivik, Kijal.

AmBank turut menyumbangkan wang tunai RM3,000 kepada Masjid Kampung Batu 9, Ibok.

Penduduk yang ditemui berkata, mereka teruja kerana kawasan mereka terpilih sebagai lokasi pertama program Semarak Ramadan Berita Harian tahun ini dan mengakui tambah terharu apabila berpeluang berbuka puasa bersama pemimpin kesayangan yang juga orang nombor satu di negeri ini.

Ahmad berkata, program Semarak Ramadan ini wajar dijadikan acara tahunan kerana ia menjadi platform terbaik untuk syarikat swasta mendekati masyarakat di sesebuah kawasan, selain membantu kerajaan negeri membantu golongan kurang berkemampuan terutama sempena Ramadan yang mulia.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Berita Harian menganjurkan program ini kerana ia bukan saja berjaya mengimarahkan kehadiran Ramadan, tetapi juga membuktikan syarikat swasta turut prihatin dengan nasib golongan kurang melalui Ramadan dan menyambut Aidilfitri.

“Secara peribadi saya memuji usaha Berita Harian dan AmBank ini dan berharap syarikat swasta lain boleh mengambil contoh inisiatif murni ini,” katanya.

SUMBER :
http://www.bharian.com.my/bharian/

Sunday, August 15, 2010

Penyu belimbing kembali





INI merupakan berita paling gembira Bidai terima sepanjang menulis di ruangan ini. Walaupun tidak diberi tajuk utama, ingin Bidai memberitahu kepada pembaca, penyu yang dikatakan pupus dan tidak kembali ke Terengganu, penyu belimbing (dermochelys coriacea) akhirnya mendarat semula untuk bertelur di Rantau Abang, lokasi yang satu ketika dahulu amat terkenal dengan spesies perantau marin itu.

Penyu yang dinamakan Puteri Rantau Abang itu dikesan naik bertelur di pantai berkenaan baru-baru ini dan selepas diperiksa, spesies marin prasejarah itu merupakan antara penyu belimbing yang dilepaskan pada program penetasan pada tahun 1978 oleh Jabatan Perikanan.

Ia mendarat buat pertama kalinya untuk bertelur pada 15 Julai lalu, disusuli pada 26 Julai dan 6 Ogos sebelum 'disimpan' buat sementara dalam tangki bagi tujuan pemasangan peralatan satelit.

Ketika ditangkap semasa naik bertelur, spesies terbesar dalam keluarga penyu laut itu mempunyai panjang mencecah 1.55 meter dan lebar 1.15 meter dengan anggaran berat 500 kilogram.

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Zakaria Ismail penyu itu dikenali sebagai antara yang dilepaskan pada program penetasan jabatan berkenan selepas menjumpai tanda ketika pemeriksaan dilakukan.

Selain penyu betina tersebut, Zakaria turut berkata Jabatan Perikanan Terenggganu mencatatkan lima pendaratan penyu belimbing di negeri ini setakat tahun ini dengan jumlah kutipan keseluruhan 439 biji telur.

Penyu-penyu itu mendarat di sekitar pantai Dungun dan Rantau Abang.

Jika 30 tahun lalu, pantai Rantau Abang dipenuhi oleh pelancong dan penduduk tempatan untuk menyaksikan penyu bertelur dan Khamis lalu suasananya tidak banyak beza.

Mungkin kalau ada pun, penyu yang turun semula ke laut berkurangan berbanding ketika itu.

Puteri Rantau Abang dilepaskan kembali ke laut selepas badannya dipasang peranti satelit bagi kegunaan penyelidikan.

Menurut Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, pemasangan peranti itu akan membolehkan Puteri Rantau Abang memberikan pelbagai maklumat saintifik mengenai laluan penjelajahan kawasan pemakanan dan permainannya di samping merekod suasana ekologi seperti kadar kemasinan dan suhu air.

Pelepasan semula itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Rantau Abang, Datuk Zaa'bar Mohd. Adib.

Bidai melihat akhirnya usaha yang dijalankan Jabatan Perikanan hampir mencapai matlamat walaupun selama ini spesies penyu lain banyak mendarat ke pantai di Terengganu.

Malah, kehadiran penyu yang mempunyai cengkerang lembut itu memberikan pengharapan baru dalam memulihara kehadiran penyu belimbing yang satu ketika dahulu merupakan antara tunjang kepada pelancongan di Terengganu.

Namun dalam kegembiraan melihat pendaratan penyu belimbing itu, ada lagi sisi hitam berkenaan penyu di Terengganu.

Pasar Besar Kedai Payang, di Kuala Terengganu masih lagi menjual telur penyu Terengganu yang dijual secara terbuka.

Penjualan tanpa penguatkuasaan itu menyaksikan simbiosis antara agensi pusat dan kerajaan negeri tidak bertaut dengan baik.

Walaupun dilihat membantu Jabatan Perikanan namun penguatkuasaan penjualan telur penyu di pasar mereka dilihat hambar.

Alasan yang sering diberikan ialah itulah budaya orang Terengganu. Mereka sudah lama makan telur penyu dan tidak boleh tinggalkan budaya yang sudah sekian lama diamalkan itu.

Walaupun peraturan mengatakan hanya telur penyu yang diperoleh dari negara lain boleh dijual, namun siasatan baru-baru ini mendapati telur penyu Terengganu kembali menghiasi ruang perniagaan mereka dengan harga RM30 untuk 10 biji.

Kata seorang penjual, telur penyu mampu memberikan 'kekuatan luar biasa' kepada seorang lelaki dan mampu mencegah asma dan juga sakit belakang.

Bidai agak runsing dengan kenyataan itu kerana Bidai pasti, rakyat Malaysia yang sering percaya kepada benda-benda yang kurang kajian daripada segi saintifik akan menjadikan ia sebagai satu pedoman.

Akhirnya, 'pulangan' daripada usaha itu tidak diperoleh tetapi sumber yang bernilai dan sukar diperoleh pula semakin hampir pupus.

Bidai agak hairan dengan isu ini. Kuasa yang ada di tangan kerajaan negeri seolah-olah tidak dimanfaatkan untuk kepentingan pemuliharaan spesies yang semakin diancam kepupusan.

Apakah disebabkan penyu tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi kerajaan negeri mengetepikan usaha untuk memulihara kepupusan penyu terbabit?

Bayangkan, kajian Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF-Malaysia) bertajuk Penjualan dan Memakan Telur Penyu di Malaysia yang sediakan oleh TRAFFIC Southeast Asia mendapati pada tahun 2007, sejumlah 422,000 biji telur penyu melalui urusan jual beli di Terengganu sahaja.

Menurut WWF-Malaysia, jumlah berkenaan menunjukkan ia dua kali ganda dengan jumlah telur dalam sarang yang ada di negeri itu.

Ingin Bidai tegaskan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Datuk Dr. Dionysius Sharma yang mengatakan bahawa kepupusan penyu belimbing di Terengganu adalah disebabkan pengambilan telur penyu untuk dimakan.

Puteri Rantau Abang kembali mendarat selepas 32 tahun menghilang


Orang ramai melihat penyu belimbing yang telah dipasang peralatan satelit migrasi sebelum dilepaskan di Pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu, kelmarin.

DUNGUN 12 Ogos - Puteri Rantau Abang, penyu belimbing yang dilepaskan ke laut 32 tahun lalu di bawah program penetasan bagi tujuan pemuliharaan, dikesan kembali buat pertama kalinya ke pantai di sini untuk bertelur baru-baru ini.

Kemunculannya memberi harapan baru terhadap masa depan spesies itu yang dikatakan gelap sekali gus membantu menyambung kajian mengenai migrasi yang pernah dilakukan 20 tahun lalu.

Petang semalam, di pantai yang sama, ia dilepaskan semula ke laut setelah dipasang peralatan peranti satelit dengan teknologi terkini.

Usaha Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang itu bertujuan mengumpulkan pelbagai maklumat saintifik mengenai laluan penjelajahan penyu itu, kawasan pemakanan dan permainannya di samping merekod suasana ekologi seperti kadar kemasinan dan suhu air.

Ia dilepaskan oleh Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Rantau Abang, Datuk Zaa'bar Mohd. Adib.

Pelancong dan penduduk tempatan yang teruja dengan usaha dilakukan, tidak melepaskan peluang menyaksikan upacara itu.

Penyu belimbing itu yang ditetaskan pada 1978 dan dipasangkan tanda pengenalan oleh Jabatan Perikanan kini mencapai ukuran 1.51 meter lebar, 1.16 meter panjang dan seberat hampir 500 kilogram.

Ia mendarat buat pertama kalinya untuk bertelur pada 15 Julai lalu, disusuli pada 26 Julai dan 6 Ogos lalu sebelum 'disimpan' buat sementara dalam tangki bagi tujuan pemasangan peralatan satelit.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahamad Sabki memberitahu, peranti satelit Platform Transmitter Terminal yang dibeli dari New Zealand mempunyai jangka hayat bateri selama lebih setahun.

"Pergerakan penyu itu sekiranya ia terus selamat akan dapat dikesan oleh Satelit Argos yang berpengkalan di Perancis.

''Banyak maklumat saintifik yang akan diperoleh seperti sejauh mana Puteri Rantau Abang berenang meninggalkan pantai Rantau Abang setelah bertelur," ujarnya.

Katanya, maklumat mengenai lokasi kawasan pemakanannya juga amat mustahak untuk masyarakat antarabangsa bersama-sama meningkatkan aktiviti melindunginya.

Menurut Ahamad Sabki, pihaknya juga turut mengharapkan publisiti meluas mengenai kajian sebegini agar dapat meningkatkan lagi kesedaran umum dan mereka akan bersama-sama jabatan melindungi dan memulihara spesies itu dan penyu-penyu lain .

Sementara itu, Zaa'bar memberitahu, pada musim pendaratan tahun ini sehingga semalam, tiga ibu penyu belimbing telah mendarat di pantai Rantau Abang dengan hampir 500 biji telur.

''Telur-telur ini akan dieram di pusat penetasan Rantau Abang dan kemudiannya dilepaskan ke laut," ujarnya.

Beliau berharap perkembangan terbaru ini benar-benar dapat membuktikan penyu belimbing akan terus kembali setelah beberapa dekad dilepaskan ke laut.

Primula Beach rai anak yatim, warga emas


Tina Surinda, menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim Rumah Darul Hilmi dan warga emas Rumah Sejahtera pada majlis berbuka puasa di Hotel Primula

KUALA TERENGGANU 13 Ogos - Ramadan bukan sahaja bulan ibadah sebaliknya menjadi sebahagian agenda beberapa syarikat korporat untuk berkongsi kemeriahan dan meneruskan tanggungjawab sosial.

Hotel Primula Beach di sini tidak ketinggalan membuat amalan sama dengan meraikan 20 anak-anak yatim dan lapan warga emas di hotel berkenaan semalam.

Kesemua 20 anak yatim itu adalah penghuni Rumah Darul Hilmi di Teluk Ketapang, Seberang Takir di sini dan lapan warga emas dari Rumah Sejahtera Bukit Payong, Marang.

Selain diraikan pada majlis berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut turut menerima duit raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Primula Beach Hotel, Tina Surinda ketika ditemui berkata, program itu merupakan acara tahunan yang membuktikan keprihatinan pihaknya kepada golongan tersebut terutama ketika Ramadan.

"Tiada apa yang lebih menggembirakan kita melainkan apabila membuatkan anak-anak yatim ini bergembira," katanya.

Tambahnya, pada 26 Ogos ini, pihaknya akan mengagihkan bubur lambuk di tempat letak kereta hotel berkenaan serta menganjurkan sambutan Aidilfitri bersama anak-anak yatim dan warga emas.

Thursday, August 12, 2010

Ubi gadung dikomersialkan


wakil UniSZA, Tengku Farizan Che Ku Jusoh menunjukkan muffin yang diperbuat daripada ubi gadung yang dihasilkan oleh UniSZA, ketika pameran di Karnival Inovasi di Pusat Dagangan Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 10 Ogos – Gadung? Mungkin hanya segelintir anak muda masa kini yang pernah mendengar perkataan itu dan mengetahui atau melihatnya.

Ia sejenis ubi yang lebih dikenali oleh orang-orang tua ketika mereka melalui zaman sukar dan menjadi sebutan mereka apabila mengimbau waktu silam.

Bahan beracun itu yang turut dijauhi binatang itu diolah dan diproses menjadi sajian makanan yang enak bagi menggantikan makanan ruji, namun ia bukanlah kerja yang mudah.

Di negeri Pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu beberapa dekad lalu, ubi yang telah diproses dan dijadikan makanan masih boleh dibeli di pasar-pasar tertentu tetapi kini sukar dicari.

Ubi gadung adalah tumbuhan liar yang mudah kedapatan di hutan-hutan kecil dan ia menjalar dan memanjat pokok-pokok lain.

Ia boleh memanjang hingga 20 meter dengan batangnya yang berduri manakala isinya membesar di dalam tanah.

Langkah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini untuk menjalankan penyelidikan menyeluruh tentang potensi tumbuhan ini untuk dikomersialkan terutamanya sebagai bahan perubatan, kecantikan dan makanan ternyata menarik perhatian.

UniSZA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam di wilayah ECER yang dipertanggungjawabkan dengan beberapa Pusat Kecemerlangan termasuklah pusat produk halal wilayah dan pusat herba serta bioteknologi.

Bagi menjayakan penyelidikan itu, satu memorandum persefahaman (MoU) Program Penyelidikan Pertanian Ubi Gadung UnisZA dan kerajaan negeri ditandatangani di Wisma Darul Iman, di sini baru-baru ini.

Kerajaan negeri diwakili Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah dan UnisZA pula oleh Naib Canselornya, Datuk Prof Dr. Alias Daud dengan disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Justeru tidak mustahil suatu hari kelak, orang ramai memilih tepung ubi gadung untuk membuat kuih muih, makanan ringan sebagai ganti tepung gandum atau pulut hasil daripada penyelidikan itu kelak.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said melahirkan keyakinannya bahawa ubi gadung berpotensi untuk dikomersialkan dan kerajaan bersedia memberi peruntukan RM2 juta kepada UnisZA secara berperingkat untuk meneruskan kajian terhadap tanaman tersebut selama dua tahun.

‘‘Saya difahamkan terdapat sejenis bahan di dalam kandungan ubi gadung yang dipercayai steroid di dalam bentuk gula di mana mampu menyahkan toksin di dalam badan selain menghalang pembekuan darah serta boleh dijadikan pil pencegah kehamilan. Ini sebahagian daripada potensinya.

“Setakat ini tiada perancangan penanaman secara besar-besaran, namun melalui projek perintis, ia akan ditanam secara pertanian ladang dengan kerjasama Jabatan Pertanian,” ujarnya.

Penyelidikan bakal melibatkan 10 projek utama yang diterajui oleh 20 penyelidik terdiri daripada pensyarah, pelajar pasca siswazah dan pegawai sains dari universiti itu.

Ia meliputi penyelidikan agronomi, etnobotani, morfologi, anatomi, taksonomi germplasm, pembiakbakaan, penyaringan fitokimia, pencarian kimia seni, biopesticle, teknologi in-vitro, sifat anti bakteria dan anti imflamasi, pengendalian lepas tuai, kejenteraan dan pengkormesialan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA, Prof. Dr. Abd. Manaf Ali berkata, ia sebagai usaha UniSZA dalam membantu projek huluan dan hiliran yang bakal memberi faedah secara langsung kepada penanam (huluan) dan secara tidak langsung menyediakan maklumat sokongan kepada kerajaan ke arah perkembangan tanaman dan produk baru bagi negeri ini.

Katanya, bagi tujuan peringkat awal ini, pihaknya memulakan kajian terhadap bidang agronomi iaitu kaedah penghasilan tanaman ubi gadung secara produktif.

“Jika dulu masyarakat hanya dapat menemui ubi gadung jauh di dalam hutan dan ia dapat ditemui sekali setahun iaitu pada musim hujan namun kini UniSZA dalam usaha memproduktifkan tanaman ini dengan menghasilkan tanaman itu dalam tempoh tiga hingga enam bulan sahaja melalui tambahbaik benih dan kaedah penanaman sistematik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Abd. Manaf memberitahu, semenjak kajian itu dimulakan kira-kira dua minggu lalu, penyelidikan kandungan ubi gadung itu menunjukkan ciri-ciri ‘biopesticide’ yang baik iaitu menunjukkan ia mempunyai potensi besar dalam menghasilkan racun serangga selain kegunaan untuk sumber makanan dan farmaseutikal.

“Mengikut kebiasaannya, ubi ini yang diricis perlu direndam selama tiga hari di dalam air yang mengalir iaitu seperti air sungai bagaimanapun ia mengambil masa terlalu lama bagi pengusaha produk makanan jika mahu memproses ubi ini untuk dijadikan produk makanan,” ujarnya.

Justeru itu, UniSZA akan mengkaji secara mendalam tentang kaedah yang lebih baik menggunakan teknologi moden seperti membuat kajian untuk sekilogram ubi itu perlu melibatkan berapa banyak air dan berapa banyak toksin daripada ubi itu dapat dinyahkan.

“Dalam menjayakan usaha itu, kita telah mempunyai makmal sedia ada kira-kira empat tahun lalu iaitu yang terletak di UniSZA Kampus Kota dengan kos RM14 juta di mana ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.

“Selain itu, kita juga mendapat sokongan daripada wilayah ECER yang telah dipertanggungjawabkan dengan pembinaan Pusat Kecemerlangan termasuk peruntukan sebanyak RM500,000 untuk Pusat Produk Halal Wilayah dan Pusat Herba dan Bioteknologi,” ujarnya.

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI



Yahooo…bestnye.emm..maaf ya happy sangat ni. Oh! Ya umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai esok sebagaimana yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja – Raja sebentar sahaja tadi.
Tarikh puasa 1 Ramadhan 1431 mengikut kiraan falak adalah jatuh pada 11 Ogos 2010 (Rabu) dan tarikh untuk Hari Raya Puasa pula jatuh pada 10 September 2010 (Jumaat)
Adi ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada pembaca sekelian.

Sunday, August 8, 2010

MAHA 2010 Terengganu tarik ramai pengunjung




Orang ramai mengunjungi khemah-khemah pameran dan jualan di MAHA 2010 di Dataran Shahbandar

KUALA TERENGGANU 6 Ogos - Penduduk Kuala Terengganu mula membanjiri Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 Terengganu di Dataran Shahbandar di sini yang bermula hari ini.

Mereka juga mengunjungi pelbagai hasil pertanian, hortikultur dan agro pelancongan yang sinonim dengan Terengganu di pameran mini yang berlangsung sehingga 9 Ogos ini.

Selain itu, kira-kira 100 gerai pameran yang disertai wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan serta pelbagai usahawan turut mengambil tempat pada MAHA 2010 Trengganu ini.

Seorang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi di sini, Wan Shahayah Wan Ahmad, 20, berkata, gerai pameran yang terdapat di sini amat menarik dan berlainan daripada pameran atau karnival lain.

"Saya amat tertarik dengan pelbagai minuman buah-buahan yang dapat membantu kesihatan selain produk minuman daripada sarang burung," katanya ketika ditemui.

Seorang surirumah, Tengku Khatijah Tengku Long, 40, berkata, tiga anaknya berusia tujuh hingga sembilan tahun amat tertarik dengan pameran pertanian di situ.

"Kami pada mulanya datang ke Dataran Shahbandar bawa anak- anak berjalan-jalan dan tidak sangka pameran ini diadakan.

"Sebelum ini, mereka tidak pernah lihat lembu besar dan kambing jamnapari kerana biasanya mereka hanya lihat lembu dan kambing biasa di kampung," katanya yang tinggal di Batu Burok di sini.

Seorang lagi pelajar, Rubiah Omar, 20, berkata, dia masih belum melawat semua pameran tetapi mendapati banyak maklumat terbaru mengenai bidang pertanian.

"Saya hendak mengikuti bidang pertanian nanti dan pameran ini memberikan saya maklumat berhubung bidang ini," katanya.

Friday, August 6, 2010

Ahmad Said antara 7 penerima darjah kebesaran Terengganu



Tujuh penerima hari ini dianugerahkan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-48 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin pada istiadat yang berlangsung di Istana Maziah di sini.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu disempurnakan Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail.
Pada istiadat itu, Tengku Seri Temenggong Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud yang juga adinda Tuanku Mizan menerima Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) yang juga membawa gelaran Datuk Seri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah, pula dianugerahkan Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (DSMZ) yang membawa gelaran Datuk.

Empat orang dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka terdiri Mufti Terengganu, Dr Alias Abdullah; Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Osman Muda; pegawai Pejabat Sultan Terengganu, Mohd Yasin Awang; dan peguam, Zamani Mohamad.
Related Posts with Thumbnails