Sunday, November 20, 2011
Jom ke Jambori Pengakap
Wah! Jombori weh.. Adi sempat gok ke tapak perkhemahan Jambori Malaysia ke-12 di Telaga Batin. Meriah sungguh. Kebetulan pulak pada malam tu ada pertandingan kebudayaan daripada semua daerah di Terengganu, di selang seli pulak dengan persembahan daripada negara-negara lain. Maklum jer lah, nie perkhemahan peringkat antarabangsa...Terengganu mencipta kelainan!
Pada yang masih terkial-kial nak mencari lokasi untuk dilawati, jom lah ke sini, ada banyak jugak gerai-gerai yang dibuka di tepi pantai, sambil mencuci mata sambil disapa bayu laut...asyik deh!
Monday, January 24, 2011
Terengganu...kelainan tercipta
Sunday, October 17, 2010
RESEPI 14 : OTAK-OTAK KEMPAS


Bahan
300 g ikan tengiri
1/2 biji kelapa parut muda
3 helai daun kaduk [mayang halus]
garam
daun nipah/ kelapa [kerat sepanjang 10 inci]
Bahan Mesin Halus
1 s/kecil lada putih
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 s/besar rempah kari
1/2 cm belacan
1 biji buah keras
CARA-CARA
1. Bersihkan ikan dan hiriskan nipis.
2. Kelapa parut pun digiling hingga halus
3. Campurkan ikan, kelapa muda, daun kaduk & bahan mesin dan gaul rata-rata bersama garam secukupnya
4. Isikan adunan ini kedalam keratan daun kelapa. Tutup keratan ini dengan keratan daun nipah/kelapa juga dan sematkan dengan lidi.
5. Siapkan bara arang. Bakar otak otak ini hingga masak
Friday, October 8, 2010
SUA RASA TV9 DI TERENGGANU
Karinival Sua Rasa TV9 Terengganu 2010
Kuala Terengganu, 8 & 9  Oktober 2010 – Karnival Sua Rasa TV9 kini kembali lagi menggemparkan  hujung minggu di Pulau Warisan (bersebelahan Pasar Payang), Kuala  Terengganu. Karnival hebat penuh keseronokan ini dibawakan khas oleh  Celcom dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu. Terdapat pelbagai  aktiviti menarik yang telah disusun untuk setiap khemah untuk memastikan  semua yang hadir menjadikannya satu pengalaman yang tidak dapat  dilupakan.
Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Said, juga  dijangka turun padang untuk memeriahkan lagi karnival ini. Turut serta  menyemarakkan suasana pada hujung minggu tersebut adalah selebriti  terkenal tanah air dan personaliti TV9 seperti Aziz Desa, Farah Adeeba,  Alif Satar, Tam Suhaimi, Lydia Ibtisam, Shafek dan ramai lagi. Pasti  ramai yang tidak mahu ketinggalan bertemu dan beramah mesra dengan  artis-artis kegemaran mereka.
Puluhan gerai dan khemah didirikan  di Pulau Warisan dan di antaranya adalah TV9, Halaqah, Adik di 9,  Warna-Warni Sua Rasa serta gerai Celcom, Ibnu Khaldun, Khee San, Nestle,  Silky Girl, Oriental, Air Asia, Tan Choong Motors, Kopi Kapal Api,  D’Hatiku, Azmi Burger, Waimee Health, Wyeth, Pet Pet, First Grade  Resources, IKIP College dan Keetha.
Bagi khemah TV9, aktiviti  sukan seperti Senamria dan Poco-Poco bersama artis TV9 akan dijalankan  pada sebelah pagi  dan petang diikuti dengan Teka-Teki dan Akustik  bersama Alif Satar. Jangan ketinggalan untuk melihat Alif memetik gitar  akustik sambil menyanyi lagu-lagu popularnya. Selepas itu, para  pengunjung boleh menyertai aktiviti Fear Factor yang akan dikendalikan  oleh pengacara-pengacara Chopp, Tam Suhaimi, Lydia Ibtisam dan Shafek.  Para pengunjung juga berpeluang untuk menunjukkan bakat terpendam mereka  dalam pertandingan karaoke yang akan diadakan pada sebelah petang.
Keseronokan  karnival tidak terhenti di situ sahaja kerana pelakon-pelakon Pasukan  Gerakan Marin iaitu Izreen Azminda, Ramasundran, Fikhree Bakar dan  Mardiana Alwi akan bersama-sama untuk melakukan pelbagai aktiviti dan  peraduan berlakon bersama-sama dengan wargakerja TV9 dan para  pengunjung. Adik-adik juga boleh bersua dengan Azzam dan Arill dari  Idola Kecil 2 dan saksikan kehebatan mereka dalam bidang nyanyian.
Selain  khemah TV9, khemah Halaqah juga sudah dibariskan dengan pelbagai  aktiviti menarik seperti persembahan dari kumpulan nasyid UNIC,  pertandingan mewarna bersama Ana Muslim dan sesi perbincangan tentang  topik “Solat” dan “Faraid” bersama Ustaz Shukri Ali. Pengunjung juga  dapat bertemu dengan Ustazah Asni dan melihat bakatnya dalam nyanyian  dan bermain alat-alat muzik. Di sini juga, artifak Al-Quran dari  malapetaka tsunami yang berlaku di Acheh juga akan dipamerkan untuk  dilihat dan dijadikannya sebagai satu iktibar mahupun pengajaran.
Pada  sebelah malam, para hadirin dapat menyaksikan rakaman Halaqah pada 8  Oktober jam 8.00 malam bersama ahli panel yang berpengalaman iaitu Ustaz  Hanafi Abdul Malik, Pengerusi SIDIM, Ustaz Roslan Mohamed, Pensyarah  Kanan daripada UM dan dihoskan oleh Ustaz Shukri Yusof. Kupasan topik  menarik iaitu “Dilema Dua Alam” pasti akan menyemarakkan lagi sikap  ingin tahu para pengunjung di mana ia membincangkan tentang kisah dilema  manusia yang hidup di dua alam. Mereka terperangkap di antara dua  jantina dan harus berhadapan dengan pelbagai tohmahan oleh masyarakat.  Adakah mereka berperang untuk keinginan berubah serta kembali ke pangkal  jalan atau tewas oleh keinginan kecenderungan jantina? Bagaimana Islam  mempunyai jawapan dalam merungkai rahsia kejadian dilema dua alam ini?  Sama-sama kita saksikan kupasan perbincangan penuh sensasi lagi  informatif ini.
Keesokan harinya, konsert Rentak Sua Rasa yang  dihoskan oleh penyanyi ceria, Alif Satar, akan diadakan pada jam 9 malam  dengan persembahan memukau dari Jay Jay, Saleem (Iklim), Yassin, Fiq  (Mentor), Mohammad (Mentor), Azzam Idola Kecil 2 dan Arill Idola Kecil  2. Kesemua acara dan aktiviti yang dijalankan di Karnival Sua Rasa dapat  disaksikan oleh penonton di rumah menerusi rancangan Warna-Warni Sua  Rasa yang akan ditayangkan di TV9 pada pukul 8 pagi (8 & 9 Oktober)  serta berita terkini karnival ini boleh disaksikan menerusi Terkini di  Sua Rasa sepanjang dua hari tersebut.
Kepada mereka yang tidak  berkesempatan untuk bersama-sama kami pada karnival yang lalu, datanglah  beramai-ramai dengan membawa keluarga untuk bersantai dan berhibur di  Pulau Warisan (bersebelahan Pasar Payang), Kuala Terengganu dari 8  hingga 9 Oktober 2010.
SUMBER : TV9
Sunday, October 3, 2010
SEGALANYA DAH BERAKHIR....

Tup tup tup...emmm rupa-rupanya Pertandingan Blog terengganu nie dah pun melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar dah hampir 4 bulan Adi mencari bahan yang sesuai untuk dimasukkan dalam blog nie. Mengikut syaratnya, selepas 30 September 2010, jam 12 t/malam, semua post yang dikirim tak akan dihakimi.

Tapi tak mengapalah, Adi rasa dah teruja bila dapat mengadakan blog sebegini. Adi akan terus paparkan apa-apa sahaja yang menarik untuk tatapan umum . Manalah tau ianya dapat manafaat kepada semua. rasanya itu lebih penting kan...

