Tuesday, June 22, 2010
Pasar Malam, Dungun
Pasar Malam atau lebih mesra dipanggil pasar Minggu terletak di dalam kawasan bandar Dungun, berhampiran dengan Perpustakaan Awam Dungun dan bersebelahan pagar sekolah SMK Sultan Omar. Pasar Minggu ini beroperasi setiap minggu pada hari Khamis, bermula seawal 3 petang hinggalah ke 10 malam. Kalau berkesempatan Adi pasti ke pasar minggu ini, kadang-kadang bukan ada niat untuk membeli pun, sekadar melihat-lihat barang-barang jualan yang dipamerkan.
Ummm macam-macam ada di pasar minggu ini. Terdapat banyak gerai-gerai pakaian, kasut, barangan keperluan dapur, barangan plastik, anak-anak pokok, batu cincin, pelbagai aneka jam tangan, buah-buahan dan makanan. Pelbagai jenis makanan dijual disini termasuk kuih-muih, ayam goreng, sate, lauk-pauk dan sebagainya.
Dengan harga yang murah dan berpatutan membuatkan para pengunjung tidak akan terlepas untuk membeli pelbagai jenis makanan dan keperluan lain. Jadi Adi sarankan, datanglah jangan tak datang. Nikmatilah sendiri keriuhan pasar minggu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment