Lata Chakah
Lata Chakah Lata Chakah
Merupakan salah satu pusat peranginan bagi Daerah Setiu. Diselubungi dengan tumbuhan menghijau dan air terjun. Sesuai untuk aktiviti perkelahan bagi yang berkeluarga, lari dari kesibukan kota dan kerja.
Lapang Sasar Golf
Bagi yang ingin mencuba pukulan dan hayunan golf, lapang sasar golf adalah tempat yang sesuai untuk berkunjung. Pengunjung boleh memilih sama ada ingin menggunakan 100 biji bola golf sehingga 200 biji bola golf dengan harga yang berpatutan.
Pantai Penarik & Rhu Sepuluh
Pantai Penarik dan Rhu Sepuluh adalah pantai yang belum terjejas dengan pembangunan dalam Daerah Setiu agak popular kerana berdekatan dengan jalan utama ke Kelantan dan dari Kelantan ke Terengganu. Hanya 400 meter dari Kampung Penarik anda akan menjumpai Pantai Rhu sepuluh yang terkenal dengan ‘ikan celup tepung’.
Pusat Rawatan Alternatif
Bagi pengunjung yang gemarkan rawatan tradisional, anda boleh berkunjung ke Pusat Rawatan Alternatif. Pusat rawatan ini yang diiktiraf dan mendapat kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Selain daripada perkhidmatan jenis urutan, turut disediakan mandian wap. Pusat ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Kadar bayaran untuk urutan satu badan adalah RM25 dan RM15 bagi mandian wap selama sejam. Kaum wanita juga boleh mendapatkan khidmat ini kerana tukang urut terdiri daripada 8 wanita dan 12 lelaki.
Pulau Redang
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang atau Kuala Trengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika.
Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau di luar pantai Terengganu, Malaysia. Air lautnya jernih bak kristal, pantai putih dan bersih serta hutan tropika yang tidak diterokai. Ia terletak antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, dan dihubungkan ke daratan oleh feri ke Merang.
No comments:
Post a Comment