Monday, September 27, 2010
KELAB BELIA ASWARI KEMAMAN
KELAB BELIA ASWARI merupakan sebuah kelab yang aktif menghidupkan warisan seni tarian di Daerah Kemaman.Kelab yang beroperasi di No. 722-1, BATU 2 1/2, JALAN AIR PUTEH, 24050 KEMAMAN TERENGGANU ini telah ditubuhkan pada 29 Julai 2009 oleh PN. HARWANI.
Pada bulan Jun yang lalu, Kelab Belia Aswari telah melebarkan sayapnya ke Cheneh Baru atas kerjasama Encik Mohd Ropee Ismail yang mengajar di SMK Cheneh Baru, Kemaman. Sesungguhnya banyak aktiviti persembahan kebudayaan yang telah disertai oleh ahli-ahli kelab ini. Secara tidak langsung ia memberi pendedahan yang besar kepada belia-belia yang masih berada di bangku persekolahan. Di samping membina keyakinan berdepan dengan khalayak, para belia terutama pelajar-pelajar yang masih menuntut di sekolah dapat menghayati dan menghargai salah satu warisan kesenian budaya Melayu yang kian dipinggirkan.
Selain itu, pembabitan pelajar lelaki dalam aktiviti kelab ini sedikit sebanyak dapat menghakis tanggapan negatif sebilangan masyarakat yang menganggap penari lelaki hanya dimonopoli oleh golongan lelaki berperwatakan lembut sahaja. Semoga usaha murni yang dilakukan oleh kelab ini mampu menarik lebih ramai belia untuk menyertai aktiviti yang berfaedah di samping dapat menghargai seni tari Melayu yang menjadi kebanggaan di negara kita. Konsep 1Belia 1Malaysia akan pasti menjadi wadah yang akan turut sama dipikul oleh kelab ini untuk kesejahteraan dan kemakmuran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment