Tuesday, June 22, 2010

Teluk Gadong


Pantai yang cantik dan bersih ketenangan tasik yang mendamaikan



pokok-pokok yang menghijau

Hari ini Adi nak bercerita tentang satu lagi tempat rekreasi yang menarik di Dungun. Tempat yang Adi maksudkan itu ialah Teluk Gadong (selepas ni Adi sebut TG jer) . Untuk pengetahuan semua TG ni terletak dekat sangat dengan UiTM Dungun dan Kelab Golf Desa Dungun. Sewaktu kecil-kecil dulu, tempat nilah Adi selalu datang.
Memang cukup berbeza jika nak dibandingkan dengan tahun 90-an dulu. FUHHH! Semakin cantik dan mendamaikan hati dan jiwa orang yang gundah gulana. Memang sesuai sangat tempat ini dekat dengan UiTM, bukan apa..emmm bolehlah jugak dioarang melepaskan tension belajar. Haaa!!! Jangan melepas benda lain sudah ler. Tempat ini sering menerima kunjungan pada waktu petang dan sangat sesak pula pada hujung minggu.




Selain taman permainan untuk kanak-kanak, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai menu ringan mahupun berat. Nasi ada, mi yang pelbagai jenis, keropok goreng, pisang goreng dan lain-lain lagi lah. Harganya pun tak mahal.
Kadang-kadang lepas makan tu terasalah mengantuk, jangan bimbang sebab di sekitar taman ini banyak disediakan pondok dan bangku khas untuk untuk para pengunjung. Sambil berehat tu boleh jugak menikmati panorama tasik yang luas. Dulu, seingat Adi ada jambatan yang dibina ditengah-tengah tasik ini. Kalau ada jambatan ini lagi bagus sebab para pengunjung boleh bersiar-siar hingga ke atas bukit. Agaknya, jambatan tu dah roboh disebabkan oleh usang dan lamanya.




Jadi Adi rasa, jika para pembaca blog singgah di Dungun, jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri keindahan dan ketenangan yang ada di Teluk Gadong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails