Sunday, June 27, 2010

Pengangkutan Awam

Pengangkutan Bas Ekspres

Antara perkhidmatan bas ekspres yang terdapat di Daerah Marang ialah Utama Ekspres, Mutiara Ekspres, Mara Liner, Transnasional dan banyak lagi. Hentian bas ekspres ini terletak di Bandar Marang iaitu di Jalan Marang-Kuantan untuk memudahkan pengguna yang ingin pergi ke Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Kuantan menggunakan perkhidmatan ini.

Pengangkutan Awam lain

Antara pengangkutan awam lain yang boleh di dapati di Daerah Marang ialah perkhidmatan bas lompat, teksi dan van penumpang.

Antara bas lompat yang terdapat di Daerah Marang ialah Bas SP Bumi, Bas Rhu Muda dan Bas Himda. Bas SP Bumi dan Bas Himda akan membawa penumpang dari Bandar Dungun ke Kuala Terengganu melalui Jalan Marang-Kuala Terengganu. Perjalanan dari Marang ke Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira 45 minit. Manakala Bas Rhu Muda pula membawa penumpang dari Kampung Rhu Muda ke Kuala Terengganu juga melalui yang sama. Tambang yang dikenakan kepada penumpang dari Marang ke Kuala Terengganu adalah RM 1.50.

Begitu juga dengan perkhidmatan teksi yang terdapat di sini. Teksi akan membawa penumpang dari Marang ke Kuala Terengganu dengan jarak perjalanan sejauh 18 km dan 72 km ke Bandar Dungun ataupun mengikut kehendak penumpang.

Van penumpang adalah perkhidmatan yang disediakan untuk membawa penumpang dari kawasan pendalaman memandangkan tiada pengangkutan awam yang disediakan di kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails