Sunday, June 13, 2010

Terengganu anjur pertandingan blog pelancongan



Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 anjuran kerajaan Terengganu melalui Unit Komunikasi Negeri Terengganu untuk merakyatkan pentadbiran dan pembangunan negeri.

Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM69,000 itu bermula pada 21 April hingga 30 September ini.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Terengganu, Rosli Zakaria berkata, objektif utama pertandingan untuk membawa mesej positif dan mampu menterjemahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan Terengganu destinasi pelancongan utama dalam dan luar negara.
Katanya, tiga kategori dipertandingkan iaitu pelajar tingkatan enam dan ke bawah, institut pengajian tinggi (IPT) dan terbuka.

“Bagi pelajar Tingkatan Enam ke bawah hadiah RM15,500 termasuk RM5,000 untuk pemenang utama ditawarkan.

“Kategori pelajar IPT RM21,500 termasuk RM7,000 hadiah utama dan terbuka menawarkan RM32,000 termasuk RM10,000 untuk pemenang utama,” katanya di sini, semalam.

Katanya, peserta perlu menggunakan kepelbagaian kreativiti bagi mempromosi keindahan, sosio budaya, kesenian dan aktiviti yang ada di Terengganu.
“Pendaftaran peserta sebelum 30 Jun ini. Untuk maklumat lanjut pertandingan hubungi Urus Setia Pertandingan di 019-9897679 atau 017-9625517.
“Maklumat juga diperoleh dengan melayari laman web www.trgtourism.blogspot.-com,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails