rumah api di kuala Dungun pantai yang cantik
tinggalan jambatan yang mengangkut bijih besi
Seterusnya Adi nak bercerita tentang Pantai Teluk Lipat. Pantai ini juga merupakan salah satu kawasan istirehat yang menjadi tumpuan orang ramai. Pantainya menganjur dari Kuala Dungun hinggalah ke Teluk Gadong. Jalan utamanya merupakan jalan alternatif ke UiTM Dungun dan ke bandar Dungun. Jadi semasa memandu pengunjung akan dapat menikmati keindahan pantai dengan laut yang biru terbentang luas.
Adi dapati di sepanjang pantai ini, banyak deretan gerai makan ataupun medan selera yang menjual pelbagai aneka makanan antaranya air kelapa, ABC, pisang goreng, keropok goreng dan sebagainya. Para pengunjung mempunyai banyak pilihan untuk memilih mana-mana gerai makan yang ada di sini dan sudah pasti semua makanan yang disediakan enak dan menyelerakan dengan harga yang murah.
Sambil berehat, para pengunjung juga dapat melihat keletah anak-anak kecil yang asyik bermain layang-layang kerana di tepi pantai itu juga terdapat penjual layang-layang. Kalau pengunjung tidak berkesempatan berkunjung ke pantai ini pada sebelah siang, jangan bimbang kerana suasana pada malamnya lebih mengasyikkan. Adi kerap juga makan malam di restoran yang terdapat di Pantai Teluk Lipat. Dengan bertemankan bayu laut dan diselang-seli dengan bunyi ombak yang mendamaikan, Adi pasti pengunjung sekalian pasti teruja.
Di sini juga merupakan tempat kegemaran kaki pancing untuk memancing dan aktiviti menjala ikan tidak kira waktu iaitu dari awal pagi sehinggalah malam. Jadi jomlah datang ke Pantai Teluk Lipat.
No comments:
Post a Comment