Monday, June 21, 2010

SUKMA XIII BUKTI KEUNGGULAN





Terengganu masih mengekalkan kejuaraan dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang ke-XIII, yang diadakan di Melaka sebagai tuan rumah berlangsung dari 10 hingga 19 Jun baru-baru ini. Tahniah kepada kontinjen SUKMA Terengganu dan ini juga merupakan kemenangan besar bagi Terengganu.


Keputusan Keseluruhan SUKMA ke-13


Dalam kejohanan SUKMA ke-13 ini, Terengganu telah meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa sekaligus menjadi juara. Dengan kejayaan ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Said mengumumkan kenaikan pemberian insentif terhadap atlet yang berjaya merangkul pingat dalam kejohanan ini iaitu RM5,000 untuk pingat emas, RM3,000 (perak) and RM2,000 (gangsa) berbanding dengan RM3,000 (emas), RM2,000 (perak) and RM1,000 (gangsa), yang diberikan kepada atlet sewaktu SUKMA ke-12 pada 2008.

"Tahniah Buat Terengganu"

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails