Sunday, November 20, 2011

Jom ke Jambori Pengakap



Wah! Jombori weh.. Adi sempat gok ke tapak perkhemahan Jambori Malaysia ke-12 di Telaga Batin. Meriah sungguh. Kebetulan pulak pada malam tu ada pertandingan kebudayaan daripada semua daerah di Terengganu, di selang seli pulak dengan persembahan daripada negara-negara lain. Maklum jer lah, nie perkhemahan peringkat antarabangsa...Terengganu mencipta kelainan!

Pada yang masih terkial-kial nak mencari lokasi untuk dilawati, jom lah ke sini, ada banyak jugak gerai-gerai yang dibuka di tepi pantai, sambil mencuci mata sambil disapa bayu laut...asyik deh!

Monday, January 24, 2011

Terengganu...kelainan tercipta

Emm lama x update blog nie, bukan apa cuma sibuk, sibuk memanjang, apa-apa pun terima kasih pada semua blogger yang sudi singgah di sini.

Sunday, October 17, 2010

RESEPI 14 : OTAK-OTAK KEMPAS





Bahan
300 g ikan tengiri
1/2 biji kelapa parut muda
3 helai daun kaduk [mayang halus]
garam
daun nipah/ kelapa [kerat sepanjang 10 inci]

Bahan Mesin Halus
1 s/kecil lada putih
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 s/besar rempah kari
1/2 cm belacan
1 biji buah keras


CARA-CARA

1. Bersihkan ikan dan hiriskan nipis.
2. Kelapa parut pun digiling hingga halus
3. Campurkan ikan, kelapa muda, daun kaduk & bahan mesin dan gaul rata-rata bersama garam secukupnya
4. Isikan adunan ini kedalam keratan daun kelapa. Tutup keratan ini dengan keratan daun nipah/kelapa juga dan sematkan dengan lidi.
5. Siapkan bara arang. Bakar otak otak ini hingga masak

Friday, October 8, 2010

SUA RASA TV9 DI TERENGGANU


Karinival Sua Rasa TV9 Terengganu 2010

Kuala Terengganu, 8 & 9 Oktober 2010 – Karnival Sua Rasa TV9 kini kembali lagi menggemparkan hujung minggu di Pulau Warisan (bersebelahan Pasar Payang), Kuala Terengganu. Karnival hebat penuh keseronokan ini dibawakan khas oleh Celcom dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun untuk setiap khemah untuk memastikan semua yang hadir menjadikannya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Said, juga dijangka turun padang untuk memeriahkan lagi karnival ini. Turut serta menyemarakkan suasana pada hujung minggu tersebut adalah selebriti terkenal tanah air dan personaliti TV9 seperti Aziz Desa, Farah Adeeba, Alif Satar, Tam Suhaimi, Lydia Ibtisam, Shafek dan ramai lagi. Pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan bertemu dan beramah mesra dengan artis-artis kegemaran mereka.

Puluhan gerai dan khemah didirikan di Pulau Warisan dan di antaranya adalah TV9, Halaqah, Adik di 9, Warna-Warni Sua Rasa serta gerai Celcom, Ibnu Khaldun, Khee San, Nestle, Silky Girl, Oriental, Air Asia, Tan Choong Motors, Kopi Kapal Api, D’Hatiku, Azmi Burger, Waimee Health, Wyeth, Pet Pet, First Grade Resources, IKIP College dan Keetha.

Bagi khemah TV9, aktiviti sukan seperti Senamria dan Poco-Poco bersama artis TV9 akan dijalankan pada sebelah pagi dan petang diikuti dengan Teka-Teki dan Akustik bersama Alif Satar. Jangan ketinggalan untuk melihat Alif memetik gitar akustik sambil menyanyi lagu-lagu popularnya. Selepas itu, para pengunjung boleh menyertai aktiviti Fear Factor yang akan dikendalikan oleh pengacara-pengacara Chopp, Tam Suhaimi, Lydia Ibtisam dan Shafek. Para pengunjung juga berpeluang untuk menunjukkan bakat terpendam mereka dalam pertandingan karaoke yang akan diadakan pada sebelah petang.

Keseronokan karnival tidak terhenti di situ sahaja kerana pelakon-pelakon Pasukan Gerakan Marin iaitu Izreen Azminda, Ramasundran, Fikhree Bakar dan Mardiana Alwi akan bersama-sama untuk melakukan pelbagai aktiviti dan peraduan berlakon bersama-sama dengan wargakerja TV9 dan para pengunjung. Adik-adik juga boleh bersua dengan Azzam dan Arill dari Idola Kecil 2 dan saksikan kehebatan mereka dalam bidang nyanyian.

Selain khemah TV9, khemah Halaqah juga sudah dibariskan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan dari kumpulan nasyid UNIC, pertandingan mewarna bersama Ana Muslim dan sesi perbincangan tentang topik “Solat” dan “Faraid” bersama Ustaz Shukri Ali. Pengunjung juga dapat bertemu dengan Ustazah Asni dan melihat bakatnya dalam nyanyian dan bermain alat-alat muzik. Di sini juga, artifak Al-Quran dari malapetaka tsunami yang berlaku di Acheh juga akan dipamerkan untuk dilihat dan dijadikannya sebagai satu iktibar mahupun pengajaran.

Pada sebelah malam, para hadirin dapat menyaksikan rakaman Halaqah pada 8 Oktober jam 8.00 malam bersama ahli panel yang berpengalaman iaitu Ustaz Hanafi Abdul Malik, Pengerusi SIDIM, Ustaz Roslan Mohamed, Pensyarah Kanan daripada UM dan dihoskan oleh Ustaz Shukri Yusof. Kupasan topik menarik iaitu “Dilema Dua Alam” pasti akan menyemarakkan lagi sikap ingin tahu para pengunjung di mana ia membincangkan tentang kisah dilema manusia yang hidup di dua alam. Mereka terperangkap di antara dua jantina dan harus berhadapan dengan pelbagai tohmahan oleh masyarakat. Adakah mereka berperang untuk keinginan berubah serta kembali ke pangkal jalan atau tewas oleh keinginan kecenderungan jantina? Bagaimana Islam mempunyai jawapan dalam merungkai rahsia kejadian dilema dua alam ini? Sama-sama kita saksikan kupasan perbincangan penuh sensasi lagi informatif ini.

Keesokan harinya, konsert Rentak Sua Rasa yang dihoskan oleh penyanyi ceria, Alif Satar, akan diadakan pada jam 9 malam dengan persembahan memukau dari Jay Jay, Saleem (Iklim), Yassin, Fiq (Mentor), Mohammad (Mentor), Azzam Idola Kecil 2 dan Arill Idola Kecil 2. Kesemua acara dan aktiviti yang dijalankan di Karnival Sua Rasa dapat disaksikan oleh penonton di rumah menerusi rancangan Warna-Warni Sua Rasa yang akan ditayangkan di TV9 pada pukul 8 pagi (8 & 9 Oktober) serta berita terkini karnival ini boleh disaksikan menerusi Terkini di Sua Rasa sepanjang dua hari tersebut.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama kami pada karnival yang lalu, datanglah beramai-ramai dengan membawa keluarga untuk bersantai dan berhibur di Pulau Warisan (bersebelahan Pasar Payang), Kuala Terengganu dari 8 hingga 9 Oktober 2010.

SUMBER : TV9

Sunday, October 3, 2010

SEGALANYA DAH BERAKHIR....


Tup tup tup...emmm rupa-rupanya Pertandingan Blog terengganu nie dah pun melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar dah hampir 4 bulan Adi mencari bahan yang sesuai untuk dimasukkan dalam blog nie. Mengikut syaratnya, selepas 30 September 2010, jam 12 t/malam, semua post yang dikirim tak akan dihakimi.


Tapi tak mengapalah, Adi rasa dah teruja bila dapat mengadakan blog sebegini. Adi akan terus paparkan apa-apa sahaja yang menarik untuk tatapan umum . Manalah tau ianya dapat manafaat kepada semua. rasanya itu lebih penting kan...
Related Posts with Thumbnails