Friday, June 25, 2010

Taman Burung Kuang



Taman Burung Kuang Ajil salah satu destinasi pelancongan yang harus dilawati apabila berkunjung ke Terengganu. Taman Burung yang Kuang Ajil yang berkeluasan 1.7 ekar ini terletak di Kuala Berang Terengganu menempatkan pelbagai spesis burung terutama dari spesis Burung Kuang. Burung Kuang adalah spesis yang burung yang mempunyai bulu yang cantik berbintik-bintik coklat dan berjambul. Terdapat lebih 30 spesis Burung Kuang dari pelbagai negara di bela dan dibiakkan di sini. Burung Kuang Jantan biasanya mempunyai ekor yang panjang dan cantik berbanding dengan Burung Kuang Betina. Burung jantan biasanya akan mengembangkan ekornya bagi menarik perhatian burung betina untuk mengawan.

Taman Burung Kuang Ajil juga memelihara dan membiakkan spesis Burung Merak Hijau (hookbilled bulbul) yang telah di ancam kepupusan di Malaysia sejak 1960an. Kerajaan Negeri melalui Taman Kuang Ajil Enterprise berkerjasama untuk membiakkan Burung Merak Hijau ini dan akan dilepaskan di kawasan Taman Burung Sungai Ketiar Tasik Kenyir sebagai menambah habitat spesis ini secara semulajadi. Spesis yang dibiakkan di Taman Burung Ajil ini adalah jenis burung merak hijau Jawa yang mana bakanya diperolehi dari Jerman dengan kebenaran PERHILITAN.

Habitat Burung Kuang biasanya adalah di kawasan hutan dipterokap hingga ketinggian 900meter dan memakan pucuk tumbuhan, biji-bijihan, buah-buahan yang gugur seperti buah ara. Pembiakannya pula biasanya adalah dalam bulan Mac hingga Ogos dan burung betina biasanya bertelur dicelah-celah banir pokok dan membuat sarang. Burung Kuang betina biasanya akan bertelur sehingga 2 biji dan mengeram telurnya sehingga menetas.

Kepada sesiapa yang meminati burung yang comel-comel dan berwarna-warni datanglah ke Taman Burung Kuang Ajil yang dibuka setiap hari dari jam 9.00pagi hingga 6.00petang. Yuran masuk adalah RM6.00 bagi dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak. Pengunjung dapat melihat sendiri kemegahan sang merak apabila mengembangkan ekornya dan mempersembahkan keindahan ekornya kepada pengunjung.

Taman Burung Kuang Ajil
No 2892 Batu 21 Ajil, Hulu Terengganu
Tel/Fax :09-6817358
E-Mail: 0h8@tm.net.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails