Wednesday, September 1, 2010

RESEPI 8 : TEPUNG GOMOK



Kuih tepung gomok atau gomak merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat dengan inti kelapa manis. Di bahagian luar tepung gomok disalut dengan tepung pulut / tepung kacang hijau untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri.


Bahan untuk Inti

Kelapa parut
Gula melaka/gula merah
Gula
Air

Bahan untuk Serbuk Kacang
250 kacang hijau

Bahan untuk Doh

400 gram tepung pulut
1/2 sudu kecil garam (dibancuh dlm santan)
1 cawan santan (ni kita agak2 jer lupa nak sukat)

1- Cara-cara memasak inti
Masuk air, gula melaka dan gula dalam periuk, masak hingga gula hancur/larut. Kemudian masukkan kelapa parut, kacau sebati dan masak sehingga inti agak-agak kering.

2- Cara-cara menyediakan serbuk kacang
Bersihkan kacang dan tos. Goreng kacang tanpa minyak dengan api sederhana
hingga berbau wangi dan warnanya bertukar kecoklatan. Tunggu sejuk sikit kemudian dikisar dalam pengisar kering. Ayak dan kisar lagi lebihan dan sisa-sisa kacang yang masih kasar tadi sehingga habis dan ayak lagi. Ketepikan dahulu.

3-Cara-cara membuat kuih

Adunkan tepung pulut dengan santan dan uli sehingga mendapat doh yg lembut.
Masukkan santan sedikit-sedikit dan uli. Jika masih keras dan tak cukup santan, tambahkan air sambil menguli.
Jerang air dalam periuk secukupnya
Bila dah dapat doh yang dikehendaki, ambil doh sebesar bola ping pong.Leperkan dan masukkan inti.
Kemudian tutup inti elok-elok dan buat bulat-bulat kemudian leperkan.
Masukkan kuih ke dalam air yang sudah mendidih dan tunggu hingga dia timbul.
Angkat dan tos kejap kemudian golekkan dalam tepung kacang hijau tadi.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails