Monday, June 28, 2010

Pulau Kapas


antara keindahan Pulau Kapas yang mengasikkan

Pulau Kapas yang terletak kira-kria 6 km dari pinggir pantai Marang ialah sebuah pulau yang tersohor dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai. Pulau ini yang agak terpencil, jauh dari kesibukan di tanah besar merupakan destinasi yang paling sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk ketenangan dan berehat. Pelbagai jenis batu karang lembut dan keras, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi wajib bagi penyelam skuba dan perenang snokel yang arif.

Suasana pulau yang santai ini memberi keselesaan kepada pelawat untuk berehat di sini. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti di sini untuk memenuhi masa lapang anda. Pilih sahaja kesukaan anda : menyelam, berenang, snokel, luncur papan air, kayak, menaiki bot atau memancing.


Tips
Pulau Kapas sukar dikunjungi sewaktu musim hujan di pantai timur (November - Mac).


Pengangkutan Jalan Darat (Bas)
Perjalanan bot dari Marang ke Pulau Kapas memakan masa selama 30 minit.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893


Penginapan
Pulau ini mempunyai resort yang selesa tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.

Kg Jenang

Kampong Jenang terletak kira-kira 12 km dari Bandar Marang & kira-kira 30 km dari Kuala Terengganu. Kampong Jenang merupakan salah sebuah perkampungan tradisi di Mukim Jerong dalam Daerah Marang. Kampong Jenang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sering dikunjungi pelancong tempatan & pelancong dari luar Negara.

Perkampungan yg didiami oleh kira-kira 500 penduduk ini dilengkapi dengan kemudahan prasana untuk penduduk setempat seperti masjid, balairaya, dewan orang ramai, telefon awam, tapak perkuburan, jalinan jalan raya dan sebagainya.



Sejarah Kampong Jenang bermula sekitar tahun 1907 semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin 1. Perkampungan ini pada awal penerokaanya diasaskan oleh Allayarham Jusoh Bin Abdullah. Sejarah bermula apabila 4 buah keluarga telah mudik ke hulu Sungai Marang dan berhijrah ke sebuah tempat yang masih belum mempunyai penghuni dan nama. Mereka membuat keputusan untuk menetap di sana dengan mewujudkan sebuah penempatan kecil.

Nama perkampungan ini bermula apabila Almarhum Sultan Zainal Abidin 1 telah menitahkan agar rakyat jelata mencari batang kayu untuk dijadikan istana baginda yang baru. Titah tersebut telah disampaikan kepada seluruh pelusuk kampong. Titah Baginda akhirnya sampai ke perkampungan tersebut lalu penduduk perkampungan tersebut mempersembahkan sebatang kayu dari kampung tersebut kepada Baginda. Kayu tersebut telah mendapat perkenan Tuanku untuk digunakan di istana. Kayu tersebut dijadikan “jenang” pintu istana dan bersempena dengan peristiwa tersebut maka Baginda Sultan telah berkenan untuk menamakan kampong tersebut dengan nama Kampong Jenang.

Aktiviti utama penduduk adalah menanam padi huma dan ubi kayu. Selain dari itu, aktiviti mencari dan menjual kayu api di pekan Marang turut menjadi sumber ekonomi mereka bagi menyara keluarga.

Aktiviti di Kampong Jenang

Pembuatan Atap Nipah



Atap daun nipah memiliki keistimewaan tersendiri seperti menyediakan persekitaran yang sejuk, selain tahan untuk jangkamasa panjang. Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di lingkungan hutan bakau atau daerah pasang surut berhampiran tepi laut, juga dikenali sebagai Buyuk di Indonesia.

Pembuatan Daun Rokok Nipah



Sejak dari dulu, pucuk daun Nipah muda dijadikan daun rokok dan amalan itu turut diikuti masyarakat pada masa kini. Rokok daun Nipah dibuat dari daun Nipah yang diproses secara baik dan cermat sehingga menghasilkan aroma dan rasa.

Manisan




Manisan Kg Jenang juga dikenali dengan nama Gula Tuak merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Kg Jenang. Gula ini diperbuat dari air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan manisan Kg Jenang asli berbeza dengan gula tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.

Sekolah Beruk



Satu tarikan yang menarik terdapat di Kg Jenang adalah Sekolah Beruk yang diuruskan oleh Encik Muda Bin Mamat. Beruk-Beruk ini akan digunakan untuk memetik buah kelapa di sekitar kampong tersebut. Kelebihan Beruk ialah mampu memanjat dan memetik kelapa setinggi 20 meter berbanding dengan tenaga manusia.




Untuk ke kampung Jenang, pengunjung hanya perlu menaiki perkhidmatan bot selama satu jam dari jeti Marang.

PANDUAN KE MARANG

KENALI MARANG

Latar Belakang Marang

Daerah Marang sebelum tahun 1985 merangkumi 4 buah mukim sahaja iaitu mukim Rusila, Pulau Kerengga, Jerung dan Merchang dengan penduduknya berjumlah seramai 54,996 orang. Mulai 1 Januari 1985 Daerah Marang telah diperbesarkan denagn menambah 2 buah mukim baru iaitu Mukim Bukit Payong dan Mukim Alur Limbat yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran Daerah Kuala Terengganu. Luas kawasannya ialah 43.10km persegi yang mengandungi 13 buah kampung. Walau bagaimanapun pada 15 Februari 1996 kawasan Majlis Daerah Marang telah diperluaskan ke keseluruhan Daerah Marang merangkumi kawasan 666.54 km persegi.

Mulai 15 Februari 1996 kawasan Majlis Daerah Marang merangkumi kawasan seluas 666.54 km persegiYang terdiri daripada 6 mukim, iaitu:

* Rusila
* Pulau Kerengga
* Merchang
* Jerong
* Bukit Payung
* Alor Limbat



Ini bermakna seluruh Daerah Marang merupakan Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Marang.

Sunday, June 27, 2010

Talian Kecemasan

Balai Polis Marang
21600 Marang, Terengganu.
Terengganu Darul Iman
Tel : 09-618 2222
Fax : 09-618 3732

Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia (FRAM),
Km 24, Jalan Kuala Berang, Wakaf Tapai,
21040 Marang, Terengganu.
Tel : 09-6803301/09-6803302/09-6803303
Fax : 09-6803304

Klinik Tawakkal,
PT7167,Ground Floor,
Wakaf Tapai,
21040 Marang,
Terengganu Darul Iman

KLINIK KHUZAINI & RAJA HIMAH,
No.2 Lot Kedai Taman Safiah Murni, Bukit Payong,
21400 Marang, Terengganu
No.Tel: 09-6194336

KLINIK AQIL KIJING,
C 377, Kg Rhu Rendang,
21600 Marang, Terengganu
No.Tel: 09 – 6186534

KLINIK MAZLAN & NAZRIN,
No 10, Kedai Mara,
21600 Marang, Terengganu
No.Tel: 09-6182779

KLINIK KESIHATAN MERCHANG,
Kampung Gong Balai,
21610 Marang, Terengganu
No.Tel: 09-8321233

KLINIK KESIHATAN MERCHANG,
Kampung Wakaf Tapai, Perkedaian Ajil,
21040 Marang, Terengganu
No.Tel : 09-6801533
Related Posts with Thumbnails