Sunday, October 3, 2010

Pusingan Akhir GP Joran di Dungun

Pusingan Akhir GP Joran 2010
Tarikh: 9 - 10 Oktober 2010
Lokasi: Pantai Teluk Lipat / Kuala Dungun, Terengganu
Yuran Penyertaan:
RM200.00 (Laut Dalam)
RM100.00 (Pantai)
Tarikh Tutup:
Laut Dalam - 4 Oktober 2010
Pantai - sehingga hari pertandingan
Anjuran: Unit Joran Berita Harian dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Malaysia dan Majlis Tindakan Pelancongan Terengganu
Hadiah Keseluruhan: RM82,000.00 + Perodua Alza
Hadiah Utama
Kategori Laut Dalam
Juara: RM20,000.00
Tempat Ke-2: RM10,000.00
Tempat Ke-3: RM4,000.00
Tempat Ke-4: RM1,000.00
Tempat Ke-5: RM500.00
Tempat Ke 6-15: RM300.00
Tempat Ke 16-30: RM150.00
Tempat Ke 31-40: hamper
Kategori Pantai
Juara: RM20,000.00
Tempat Ke-2: RM10,000.00
Tempat Ke-3: RM4,000.00
Tempat Ke-4: RM800.00
Tempat Ke-5: RM400.00
Tempat Ke 6-15: RM200.00
Tempat Ke16-30: RM100.00
Tempat Ke 31-40: hamper
Hadiah Khas Pari (Kategori Laut Dalam)
Juara: RM1,000.00
Tempat Ke-2: RM500.00
Tempat Ke-3: RM300.00
Cabutan Bertuah
Sebuah (1) Modenas Kriss
T’Shirt Percuma
1,500 helai disediakan
Pertanyaan lanjut:
Hubungi 03-22822323 samb. 4241/4240, Umbai [013-3310166]


Jom ramai-ramai meriahkan GP Joran!

Thursday, September 30, 2010

KARNIVAL IKTIRAF 2010 lagi...

Huuu.. hujan turun dengan lebat lah sekitar jam 2 ptg tadi. Hajat Adi nak meramaikan bilangan pengunjung ke karnival terbantut. Nampaknya terpaksalah Adi tunggu sehingga hujan reda. Nasiblah badan...

Tunggu punya tunggu...akhirnya hujan berhenti jugak. Adi cepat-cepat bergegas ke karnival yang tak jauh dari rumah. Sempat jugalah Adi snap beberapa keping gambar untuk tatapan pengunjung blog ni. Aduh! padang pulak becak dan dipenuhi air, tapi demi anda semua Adi redah jugak. Pengunjung karnival pulak sedikit sangat berada di booth, kebanyakkannya berteduh di bawah khemah. Maklumlah hujan... Haa tengoklah gambar-gambar yang sempat Adi snap. Saksikan kemeriahannya. Jom ke sini...





KARNIVAL IKTIRAF 2010

WOW !KARNIVAL IKTIRAF 2010 telah tiba ke tempat Adi. Seronoknya...hehehe maklumlah dah lama tak ke karnival seperti ini. Untuk pengetahuan semua lokasi Karnival Iktiraf ini ialah di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu. Kat mana tu? Emmm mamang ramai yang tak pernah jejakkan kaki ke tempat ini. Jarak dari Bandar Chukai, Kemaman, lebih kurang 30km, kalau menggunakan jalan Mak Lagam. Kalau pengunjung hendak menggunakan jalan Ayer Putih, jaraknya lebih kurang 52 km. Kalau dari Kuantan pula, pengunjung boleh menggunakan lebuh raya Jeragau-Jabor untuk ke sini. Jaraknya lebih kurang 51km dari bandar Kuantan.

jadual penganjuran Karnival IKTIRAF seluruh Malaysia


Karnival ini bermula pada hari ini, 30 September hingga 2 Oktober 2010. Kalau melihat daripada banner yang banyak dipasang di tepi-tepi jalan, fuhh! banyak acara yang telah disusun bagi menghiburkan siapa-siapa sajer berkunjung. Memang sesuai untuk semua lapisan umur.

Adi rasa karnival ini sama jugalah dengan karnival-karnival ini yang sepertinya. Dah pasti banyak booth yang didirikan. banyak produk yang dipamerkan dan banyak jugalah produk untuk dijual. Selain ada artis popular , di karnival ini juga ada diselitkan program Forum Perdana. Jadi Adi rasa karnival ini lebih seimbang dari segi programnya. Selain boleh berhibur, dapat jugalah mendengar ceramah agama yang sudah pastinya baik untuk halwa telinga dan minda.

Apa yang pasti, kehadiran karnival ini amat mengembirakan warga Bandar Cheneh Baru ini. Maklumlah sebagai manusia biasa, hiburan yang beretika seperti ini amatlah ditunggu-tunggu. Jom semua. Datanglah ke sini ya..anda pasti teruja.

Monday, September 27, 2010

KELAB BELIA ASWARI KEMAMAN

AHLI KELAB BELIA ASWARI YANG AKTIF DI SMK CENEH BARU

KELAB BELIA ASWARI merupakan sebuah kelab yang aktif menghidupkan warisan seni tarian di Daerah Kemaman.Kelab yang beroperasi di No. 722-1, BATU 2 1/2, JALAN AIR PUTEH, 24050 KEMAMAN TERENGGANU ini telah ditubuhkan pada 29 Julai 2009 oleh PN. HARWANI.

Pada bulan Jun yang lalu, Kelab Belia Aswari telah melebarkan sayapnya ke Cheneh Baru atas kerjasama Encik Mohd Ropee Ismail yang mengajar di SMK Cheneh Baru, Kemaman. Sesungguhnya banyak aktiviti persembahan kebudayaan yang telah disertai oleh ahli-ahli kelab ini. Secara tidak langsung ia memberi pendedahan yang besar kepada belia-belia yang masih berada di bangku persekolahan. Di samping membina keyakinan berdepan dengan khalayak, para belia terutama pelajar-pelajar yang masih menuntut di sekolah dapat menghayati dan menghargai salah satu warisan kesenian budaya Melayu yang kian dipinggirkan.



barisan penari yang membuat persembahan di Chukai, Kemaman


Selain itu, pembabitan pelajar lelaki dalam aktiviti kelab ini sedikit sebanyak dapat menghakis tanggapan negatif sebilangan masyarakat yang menganggap penari lelaki hanya dimonopoli oleh golongan lelaki berperwatakan lembut sahaja. Semoga usaha murni yang dilakukan oleh kelab ini mampu menarik lebih ramai belia untuk menyertai aktiviti yang berfaedah di samping dapat menghargai seni tari Melayu yang menjadi kebanggaan di negara kita. Konsep 1Belia 1Malaysia akan pasti menjadi wadah yang akan turut sama dipikul oleh kelab ini untuk kesejahteraan dan kemakmuran.

Saturday, September 25, 2010

MUZIUM DAERAH DUNGUN





Bangunan Muzium Daerah Dungun pada asalnya merupakan kediaman rasmi pegawai Daerah. Ia telah dibina pada tahun 1941 di lot yang bernombor 3585 dan pernah menjadi kediaman Penasihat British yang melawat Dungun.

Muzium Daerah Dungun ini terletak berhamiran dengan Pantai Teluk Lipat, Dungun dan dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Masuk adalah percuma. Untuk Maklumat lanjut hubungi 09-622 1444
Related Posts with Thumbnails