Friday, July 30, 2010
Kesenian Islam perlu diperluaskan
Atas alasan itu, kerajaan negeri Terengganu melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengambil inisiatif dengan bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan di tasik buatan manusia tersebut.
Pusat penyelidikan tersebut akan bertindak sebagai sebuah pusat pengumpulan data saintifik bagi flora, fauna dalam ekosistem perairan dan kawasan persekitaran tasik seluas 38,000 hektar tersebut.
Ia juga akan membantu mempelbagaikan hidupan ikan di tasik buatan manusia di Hulu Terengganu itu.
Kepelbagaian ikan yang hidup di tasik berkenaan turut menarik 'kaki pancing' untuk melakukan aktiviti rekreasi berkenaan di sana.
Selain itu, tasik tersebut turut menempatkan Santuari Kelah di Sungai Petang.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pusat penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu akan dibangunkan di sebuah kawasan seluas 20 hektar di kawasan teluk tasik berkenaan.
''Pusat penyelidikan ini akan bertindak sebagai pusat pengumpulan data santifik flora dan fauna, ekosistem perairan dan kawasan persekitaran tasik sekali gus menjadikan Tasik Kenyir sebagai makmal lapangan untuk penyelidikan dalam bidang akuakultur, tumbuhan, haiwan, tanah dan airnya.
''Ia juga akan membantu kita menambah kepelbagaian hidupan ikan yang bersesuaian di Tasik Kenyir dan menjadikan ia sebagai syurga pemancing pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Pusat Penyelidikan Tasik Kenyir UMT hari ini yang turut dihadiri Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman.
Ahmad berkata, antara spesis ikan yang akan diperbanyakkan termasuk ikan lampam dan kelah.
Dalam pada itu, Aziz berkata, maklumat hasil penyelidikan di pusat itu juga boleh menyokong usaha Ketengah menjadi Tasik Kenyir sebagai pusat pelancongan pendidikan untuk ekosistem hutan tropika.
''Saya berharap maklumat dan penyelidikan UMT ini akan membantu memantapkan usaha Ketengah untuk memelihara kawasan Tasik Kenyir dan persekitaran," ujarnya.
Beliau memberiahu, pusat penyelidikan tersebut dijangka dimulakan pada awal tahun depan dengan pembinaan fasa pertama itu akan memerlukan peruntukan kira-kira RM5 juta.
Beliau menambah, ia akan dilengkapkan dengan makmal untuk pengajian sosioekonomi bagi masyarakat setempat dan orang asli, makmal sains akuatik serta makmal biodiversiti tumbuhan dan biodiversiti.
''Pelbagai infrastruktur lain juga akan dibina seperti kemudahan penginapan. tapak perkhemahan, kemudahan utiliti, jeti dan tempat simpanan bot, surau dan tempat simpanan minyak," ujarnya.
Aziz memberitahu, sebuah bangunan pembenihan dan kemudahan kolam serta tapak semaian akan dibina di Sungai Petang, Tasik Kenyir,
''Ia dibina untuk menyokong kajian pengeluaran benih ikan kelah serta ikan air tawar lain dan pembiak bakaan tanaman dan buah-buahan nadir," ujarnya.
Katanya, dengan wujudnya pusat penyelidikan itu, ia akan berperanan menghasilkan benih-benih ikan dan tumbuhan yang diancam kepupusan seperti ikan kelah.
''Ini secara tidak langsung membantu kerajaan negeri dalam melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan sumber semulajadi," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kepelbagaian hidupan di darat di tasik berkenaan juga akan dijadikan sebagai kawasan penyelidikan untuk para pelajar universiti berkenaan.
''Pusat penyelidikan ini akan menjadi tempat latihan amali dan pengajaran kepada pelajar UMT yang mengikuti bidang pengajian perikanan, akukultur, biodiversiti, agroteknologi dan pengurusan," katanya.
Sunday, July 25, 2010
PERTANDINGAN MELUKIS CITRA TERENGGANU
Saban tahun Mezium Negeri Terengganu sering mengadakan pertandingan melukis yang diberi nama Pertandingan Melukis Citra Terengganu. Pertandingan ini dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan hadiah yang ditawarkan amatlah lumayan! Jom semak keterangan lanjut:
PENGENALAN
Negeri Terengganu kaya dengan warisan sejarah dan budaya. Pancaran seni dan budayanya kini sedang diperkasakan oleh pihak Muzium Negeri Terengganu. Selaras dengan fungsi dan peranan muzium, aktiviti kesenian tradisi sedang giat diaktifkan semula.Sesuai dengan hasrat untuk mermartabatkan warisan sejarah dan budaya negeri, pihak Muzium Negeri Terengganu menganjurkan satu pertandingan melukis sebagai satu wadah untuk menonjolkan citra negeri dalam bentuk lukisan. Pertandingan ini akan bermula pada 1 Feb hingga 2 ogos 2010.
OBJEKTIF PROGRAM
Program pertandingan ini diadakan dengan beberapa tujuan sebagaimana berikut:-
- Untuk memupuk semangat cintakan warisan sendiri
- Untuk memberi pendedahan kepada generasi muda tentang citra negeri
- Untuk menyokong penghayatan dengan memberikan peluang dan ruang aktiviti kepada pelukis- pelukis tanah air.
- Mempertingkatkan mutu karya dari masa ke semasa melalui penganjuran yang bersifat tahunan.
- Mengisi program muzium ke arah memperkasakan warisan
MAKLUMAT PERTANDINGAN
i. Peserta
Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.
ii. Tarikh dan Tempat
Pertandingan diadakan bertempat di Perkarangan Muzium Maritim, Kompleks Muzium Negeri Terengganu (bagi kategori spontan). Tarikh pertandingan ialah pada 31 Julai – 2 ogos 2010 bagi kategori I dan Ahad 1 Feb hingga Ahad, 18 Julai 2010 bagi kategori II (terdapat 2 kategoti yang berbeza).
Hadiah
Dari RM5,00 hingga RM12,000 untuk dimenangi oleh 36 orang. Jumlah keseluruhan hadiah ialah RM73,500
Transkripsi Tema.
Citra Terengganu – merujuk kepada gambaran dan imej khusus tentang perilaku, aktiviti manusia , kehidupan lain yang menjadi lambang, simbol atau ikon yang merujuk kepada kehidupan berbudaya masyarakat Terengganu dan persekitarannya merangkumi aspek pemikiran seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, moral serta apa jua yang diwarisi dari dulu hingga kini menerusi sejarah dan budaya yang diterima pakai , diakui telah menjadi budaya dan imej Negeri Terengganu.
Contoh:
- Kehidupan nelayan dan aktivitinya
- Penyu dan hidupan laut
- Perahu dan bot nelayan
- Kesenian seperti ukiran, ulik mayang dan rodat
Terengganu Dalam Kenangan merujuk kepada peristiwa, aktiviti, gerak, perilaku manusia, landskap, monumen dan persekitaran yang merangkumi perkisahan lisan, mitos, lagenda melalui bukti, fakta atau imaginasi yang berlaku pada masa lalu yang diterimapakai serta diakui menerusi rakaman sejarah dan budaya di Negeri Terengganu.
Contoh-contoh peristiwa dan monumen
- Lawatan Munshi Abdullah di Kuala Terengganu - pertengahan abad ke 19
- Peristiwa Sam Po Kong di Jeram – abad ke 16
- Perang Besut – 1870 an
- Bah Merah – 1926/27
- Orang Hanyut Vietnam Pulau Bidong – 1975
- Pelabuhan Kuala Terengganu – abad ke 16
- Pelabuhan Foloan – abad ke 12
- Kota Lama, Kuala Terengganu – 1730an
- Kota Batang Mahang, Tg Baru, Kuala Berang – 1708
Friday, July 23, 2010
Perhentian tangga kelima
Air yang membiru, pasir yang memutih, pengalaman merentas hutan yang menyeronokkan, menyelam dan aktiviti kesukaan ramai iaitu berjemur di bawah sinaran matahari hanyalah antara beberapa perkara yang boleh dialami dan di rasai di Pulau Perhentian. Ini kerana banyak lagi yang boleh diterokai di Pulau Perhentian sehingga melayakkannya tersenarai di tangga kelima untuk Best Beach to Swing a Hammock dalam 1,000 Ultimate Experiences 2010.
Pulau Perhentian yang bermaksud 'pulau laluan hentian' terbahagi kepada dua pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.
Dengan dikelilingi hutan hujan tropika dan pokok palma yang tumbuh subur di pesisir pantai, Pulau Perhentian ibarat sebuah pulau yang sangat suci tanpa gangguan dan juga tanda perdagangan.
Antara kedua-dua pulau, Pulau Perhentian Kecil amat sesuai dengan backpackers di mana mereka akan menemui pelbagai pakej menarik yang sesuai dengan bajet terutama untuk penginapan dan makanan.
Pulau Perhentian Besar pula lebih menawarkan penginapan dan kemudahan yang mewah.
Terletak berdekatan dengan Taman Laut Pulau Redang, Perhentian mempunyai terumbu karang yang cukup cantik dan menjanjikan pemandangan mempesona yang sesuai untuk aktiviti 'snorkeling' serta selam skuba.
Selain dua aktiviti yang popular itu, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti mengelilingi pulau atau menyewa bot kecil untuk meneroka teluk swasta yang cantik memukau.
Kunjungan anda ke situ pasti memberi pengalaman yang cukup bermakna dan meninggalkan 1001 kenangan terindah.
>>BAGAIMANA KE SINI:
Pengunjung boleh menaiki bot di Jeti Kuala Besut di antara Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu untuk sampai ke Pulau Perhentian.
SUMBER : http://www.hmetro.com.my/
Thursday, July 22, 2010
Piala Seri Iman kembali
Pertandingan kali kelima penganjurannya itu juga diadakan sejajar dengan perkembangan seni batik dan fesyen semasa sejajar arus permodenan hari ini.
Pertandingan berkenaan memberi inspirasi kepada peserta dan pereka fesyen batik menghasilkan rekaan terbaru dengan gabungan idea dan elemen moden tanpa menjejaskan identiti tradisional warisan tempatan.
Sebagai kelainan, peserta perlu mengikut tema iaitu Khazanah Kenyir, berbanding sebelum ini hanya menekankan elemen semula jadi saja.
‘Khazanah’ bermaksud barang kepunyaan atau kumpulan lama, tetapi masih tetap berguna sementara ‘Kenyir’ pula adalah tasik buatan keluasan 38,000 hektar yang mempunyai himpunan lukisan alam semula jadi utuh terpelihara.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Rekaan Cemerlang Terengganu atau Terengganu Institute of Design Excellence (TiDE), Prof Madya Sulaiman Abdul Ghani, berkata tema berkenaan dipilih bertujuan membuka minda peserta dalam mempelbagaikan reka corak dalam batik, songket dan kraf.
“Elemen menerusi khazanah Kenyir yang kaya dengan tumbuhan alam fana antaranya boleh mendapat inspirasi dari air terjun, haiwan, flora, serangga, pemandangan, tekstur halus serta tumbuhan liar yang terdapat di keliling Tasik Kenyir.
“Ciri semula jadi itu boleh digunakan sebagai sumber inspirasi, tetapi perlu mengolah rekaan itu kepada sifat lebih kreatif,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Piala Seri Iman 2010 dan Logo Batik Tulen Terengganu di Hotel Ritz Carlton, di ibu negara, baru-baru ini.
Majlis itu dilancarkan oleh Ahli Exco Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Usahawan dan Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mohamed Awang Tera dan Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Batik Terengganu, Mohd Zahari Zakaria.
Sulaiman berkata, pertandingan kali ini diadakan mengikut kategori yang dipertandingkan semula seperti kategori Rekaan Fesyen Batik, Reka Corak Batik, Reka corak Batik Blok, Rekaan Ukiran Kayu dan Reka Corak Songket.
Ganjaran diterima peserta juga berbeza daripada tahun lalu, iaitu untuk tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM30,000 berbanding RM15,000 pada tahun sebelumnya selain sijil penyertaan dan jambangan bunga.
Tempat kedua pula, pemenang akan menerima RM15,000 (berbanding RM13,000 tahun lalu), sementara tempat ketiga pula kekal pada jumlah wang tunai sama iaitu RM10,000. Tempat keempat hingga ke-10, mereka berpeluang membawa pulang RM2,500 berbanding hanya RM2,000, sebelum ini.
PSI tidak hanya mencari pemenang saja sebaliknya turut memberi pengiktirafan dengan menyediakan anugerah tambahan iaitu Persembahan Terbaik yang bakal menerima wang tunai RM2,500. Bagi anugerah Rekaan Terbaik pilihan juri pula akan menerima sejumlah RM1,000.
Sementara itu, Mohamed Awang, berkata pertandingan PSI 2010 adalah landasan terbaik generasi muda menempa nama hingga ke peringkat antarabangsa. Menerusi PSI yang diadakan sebelum ini, peserta yang menerima pencapaian terbaik sudah berjaya mencipta nama dan melahirkan beberapa pengusaha batik Terengganu di luar negara termasuk London, China dan Jerman.
“Sebagai permulaan, tahun ini kita akan membawa pemenang menonjolkan bakat dan kreativiti mereka ke beberapa negara di Eropah seperti Milan, Barcelona, Paris dan London. Ia sebagai salah satu kaedah mengekalkan batik supaya tidak pupus di mata dunia.
“Malah, dengan cara memodenkan khazanah warisan negeri Terengganu itu, keunikan batik yang dibawa ke peringkat antarabangsa sekali gus dapat menggalakkan masyarakat barat menggayakan rekaan batik, tetapi disesuai padankan mengikut budaya, cuaca dan warna kulit mereka,” katanya.
Peluang menyertai PSI 2010 masih terbuka kepada orang ramai yang berminat menghantar hasil kerja serta menempa nama ke peringkat global sebelum tarikh tutup pada 29 Julai ini.
INFO:
Piala Seri Iman 2010
Tema: Khazanah Kenyir
Kategori:
* Rekaan Fesyen Batik,
* Reka Corak Batik
* Reka Corak Batik Blok
* Rekaan Ukiran Kayu
* Reka Corak Songket.
Tarikh tutup penyerahan penyertaan: 29 Julai 2010
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera dalam ucapan perasmiannya berkata, Pekan Budaya Kemaman adalah platform terbaik bagi pengusaha IKS memasarkan produk mereka selain mencari peluang rakan niaga baru. Selain itu, pengusaha IKS boleh menonjolkan kelebihan produk mereka untuk menarik perhatian pengunjung sekali gus menjana ekonomi baru bagi pengusaha IKS di daerah Kemaman ini.
Menurutnya lagi, Pekan Budaya bukan sekadar menonjolkan seni dan budaya negeri berikutan penganjurannya memberi manfaat kepada pelbagai pihak.
“Saya difahamkan lebih 40 gerai dan tapak pameran membuka perniagaan ma-sing-masing. Ini memberi ruang kepada peniaga IKS mencari ruang baru di pasaran terbuka,” katanya.
Pada majlis berkenaan, Mohamed turut menyampaikan cenderahati kepada semua pihak yang menjayakan Pekan Budaya Kemaman, melawat lebih 40 tapak gerai dan pameran serta beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.
Perasmian karnival pada malam itu turut diserikan dengan pelbagai acara persembahan kebudayaan. Kelab Belia ASWARI turut terlibat dengan persembahan tarian Asmaradana yang mengasyikkan para pengunjung pada malam itu.
Wednesday, July 21, 2010
Semoga Allah Lanjutkan Usia
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
Sultan Dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman
Serta Segala Jajahan Takluknya
Dan
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTANAH NUR ZAHIRAH
Sultanah Terengganu
Sempena Sambutan Ulang Tahun Yang Ke-48
Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
Pada 20 Julai 2010 Bersamaan 8 Syaaban 1413 H
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dan Sembah Takzim
Daripada
Adi
admin,
Blog http://dunguntourism.blogspot.com/'.
Sunday, July 11, 2010
Festival Gamelan Sedunia di Terengganu Julai
LIMA belas kumpulan gamelan akan mengambil bahagian dalam Festival Gamelan Sedunia 2010 anjuran kerajaan negeri Terengganu di sini, Julai ini.
Festival itu akan menjadi medan untuk mengetengahkan muzik tradisional itu ke peringkat antarabangsa.
Daripada situ muzik gamelan dari seluruh dunia terutama dari wilayah Nusantara boleh diangkat dan martabatkan supaya setanding dengan muzik-muzik etnik dunia yang lain.
Penolong Pengarah Muzium Terengganu, Mohd. Noor Ismail berkata kepada Bernama, kumpulan-kumpulan itu termasuk dari Indonesia, Jepun, Eropah dan peserta tempatan.
Beliau berkata, kerajaan negeri berharap festival itu akan menjadi medan pertemuan antara kumpulan-kumpulan gamelan dari seluruh dunia untuk mengenali antara satu sama lain, katanya.
Katanya, ia juga bertujuan mengangkat kumpulan gamelan tempatan ke pentas antarabangsa setanding dengan kumpulan gamelan antarabangsa.
Mohd. Noor berkata, sempena festival itu juga akan diadakan bengkel alat muzik gamelan Jawa, Melayu dan Bali kepada pemuzik-pemuzik gamelan.
Beliau berkata, festival itu akan berlangsung di Dataran Syahbandar, dan ini merupakan tahun kedua ia diadakan oleh kerajaan negeri.
Mohd. Noor berkata, festival tahun lepas telah disaksikan lebih 5,000 peminat gamelan di negeri ini. - Bernama
BATU BERSURAT TERENGGANU
SEJARAH BATU BERSURAT TERENGGANU
Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.
Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayudengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.
Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpursiap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran diMuzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu
Kandungan
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.
Muka pertama
1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Muka kedua
1. Keluarga di Benua jauh kan
2. Datang berikan.keempat orang berpiutang.
3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
4. Kelima derma barang orang....(mar)dika.
5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
9. Seratus ratun jika merdeka beristeri.
10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....
Muka ketiga
1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............
Muka keempat
1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.
Tarikh tepat
Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Namun begitu, mesej teks ini agak kabur dan menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 M.[1]
Rujukan
1. ↑ The correct date of the Trengganu inscription: Friday, 4th Rajab, 702 A.H./Friday, 22nd February, 1303 A.C. Syed Muhammad Naguib Al-Attas. 1984. Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Sumber bacaan
H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263.
R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40.
J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71.
Saturday, July 10, 2010
RTES 1 kekal unggul
Baginda yang menunggang Jakim Murphy berusia 12 tahun menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 5 jam, 4 minit dan 41 saat, manakala anakanda baginda, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang menunggang RTES Smith melintasi garisan penamat selepas 04:56:15s.
Dua lagi penunggang pasukan RTES 1 iaitu adinda Tuanku Mizan, Tengku Seri Temenggong, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud dan Nor Nadia Badrul Hisham, masing-masing memerlukan 04:56:14s dan 04:56:20s untuk menamatkan perlumbaan yang bermula pada jam 9 malam.
Kejayaan pasukan RTES 1 melengkapkan kemenangan mutlak RTES apabila pasukan RTES 2 yang dianggotai Pairin Sungkit, Rai Mundo, Mohd Bulkhari Rozali dan Jeffree Zainuddin muncul juara kategori berkumpulan 80km.
Mereka yang sebelum ini menjuarai kejohanan edidi pertama di Pattaya, Thailand Mac lalu, kali ini berjaya mencatat masa terkumpul terpantas 17:05:52s untuk sekali lagi muncul juara.
Sementara itu, peserta Kelab Tengku Mahkota Kelantan (TMK), Rostam Mohd Nor yang menunggang kuda bernama Janor Kappa dinobatkan juara acara 80 km individu dengan catatan masa 03:23:27s dan membawa pulang hadiah wang tunai AS$1,000 (RM3,234) dan piala.
Sunday, July 4, 2010
PERMAINAN GASING
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk bulat & leper.Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya.Pada zaman dahulu , permainan gasing di Terengganu tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
Saturday, July 3, 2010
Gaharu / Karas bernilai tinggi di Hutan Simpan Gunong Tebu, Terengganu
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Razani Ujang, atas sebab itu Jabatan Hutan Negeri Terengganu memilih kawasan tersebut untuk dijadikan petak kajian menerusi projek Kajian Karas In Situ.
Menurutnya, keluasan petak projek yang diwujudkan seluas 13.75 hektar mengandungi 31 pokok karas bernilai kira-kira RM1 juta jika cukup usianya.
“Petak kajian pokok karas liar untuk hasil kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia dan beberapa agensi penyelidikan lain. “Buat masa ini Agensi Nuklear Malaysia mencipta formula suntikan ubat (inducer gaharu) bagi menghasilkan karas yang lebih berkualiti,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Petak In Situ Karas Hutan Simpan Gunung Tebu yang turut disertai Pengarah Jabatan Hutan Negeri Nor Akhiruddin Mahmud.
Razani berkata, pemantauan dilaksanakan sekerap mungkin di petak kajian untuk memastikan kawasan itu selamat daripada diceroboh memandangkan kawasan ini berhampiran jalan besar dan kampung. Menurutnya, pokok karas bukan sahaja boleh menghasilkan minyak wangi tetapi sekarang ada kajian mengenai keberkesanan gaharu untuk dijadikan ubat darah tinggi dan kencing manis.
“Petak kajian ini dilakukan bagi menghasilkan pelbagai teknik terkini penanaman karas untuk mendapatkan gaharu yang bermutu tinggi,” katanya. Sementara itu Nor Akhiruddin berkata, kejadian menceroboh dan mencuri karas liar di kawasan Hutan Simpan di negeri ini masih terkawal.
BATIK
Pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Dipakai oleh semua golongan, dari raja ke bangsawan sampai ke rakyat jelata, batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang praktikal dan popular. Dalam tradisi penulisan tradisi, kain cindai misalnya disebut dalam banyak hikayat-hikayat silam. Batik menjadi hadiah perpisahan dan perlambangan cinta dalam Hikayat Malim Deman dan persalinan dijadikan tanda penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah. Dalam seni wayang yang lebih terkemudian; dalam filem Sumpah Orang Minyak (P. Ramlee 1968) batik dijadikan lambang pernyataan cinta yang terlarang. Dan siapa yang boleh melupakan Ramona berkemban dengan batik lepas bermandi bunga dalam Fenomena (M.Nasir 1996).
Perkembangan dalam seni batik
Corak batik melalui evolusi dari corak terap yang asal dengan asimilasi pengaruh seni batik Indonesia dan luar. Batik tulis berdasarkan kaedah canting dipengaruhi oleh Indonesia dan bersama-sama dengan kemunculan pewarna baru yang susuai untuk sutera membawa kepada ledakan seni batik tulis di pertengahan 90an. Batik Terengganu khususnya batik terap mempunyai kedudukan yang unik walaupun dikatakan dipengaruhi oleh seni batik Jawa. Namun begitu, seingat saya, batik Terengganu dan batik Jawa berbeza; malah sehingga kinipun pengeluar batik tradisional masih mempertahankan teknik dan corak Terengganu walaupun ada beberapa pengeluar atas alasan kos menggunakan blok yang dibawa dari Indonesia.
Cabaran dalam industri
Perkembangan batik bergantung kepada beberapa faktor dari reka bentuk, bahan, artisan hinggalah kepada trend citarasa semasa. Ledakan 90an telah surut mendadak akibat lebihan bekalan dan ketiadaan kawalan mutu. Peniru melambak di pasaran. Pergantungan industri kepada tekstil dan pewarna yang diimpot juga menjadikan industri ini kurang daya tahannya. Tanpa perlindungan kerajaan, kos bahan mentah yang tinggi, saingan yang melampau dan perubahan citarasa kepada tekstil impot menjuruskan industri ini ke senja.
Masa depan batik
Ketahanannya merentas masa adalah faktor yang akan meneruskan sejarah batik. Seninya akan hidup melewati usia industri dan peredaran dunia fesyen akan membawa batik popular kembali. Demikian, keperluan kepada idea dan kaedah baru amatlah dirasai.
Dipetik dari laman
http://www.puncacipta.com/Pavilioncipta/iksas/batik1.htm
SENARAI PENGINAPAN SELURUH TERENGGANU
PRIMULA BEACH RESORT
Jalan Persinggahan
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6222100
PERMAI INN
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel :09-6222122
Faks : 09-6222121
HOTEL SRI MALAYSIA
Lot 1640, Jalan Hiliran (Balik Bukit)
20100 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6236454
Faks : 09-6238344 /
09-6234301
HOTEL KENANGAN
No 65, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6222688
MOTEL DESA
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6233823
SRI TERENGGANU HOTEL
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6234622
HOTEL K.T MUTIARA SDN. BHD
67, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6222655
Faks : 09-6236895
GRAND PARADISE HOTEL KUALA TERENGGANU
Jalan Tok Lam
20100 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6228888
Faks : 09-6238899
HOTEL GRAND CONTINENTAL
Jalan Sultan Zainal Abidin, Daerah 8
20000 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6251888
Faks : 09-6251999
HOTEL YT MIDTOWN
30, Jalan Tok Lam
20100 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6235288
Faks : 09-6234399
BATU BUROK BEACH RESORT SDN. BHD
No 906-A, Jalan Pantai Batu Burok
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6221410
09-6224892
09-6227267
GEMS RESORTS SDN. BHD
Lot 2135, Batu Rakit, Mengabang Lekor
21020 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6695910
LAGUNA REDANG ISLAND RESORT
S-5, Wisma Tenang
20000 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6310888
Faks : 09-6313322
BESUT
PRIMULA CORAL VIEW BEACH RESORT
Pantai Peranginan Air Tawar
22200 Besut
Terengganu
Tel : 09-6956311
RUMAH REHAT KERAJAAN
Pantai Peranginan Air Tawar
22200 Besut
Terengganu
Tel : 09-6956326
RUMAH REHAT KERAJAAN
Pulau Perhentian Besar
d/a : Pejabat Daerah Besut
Besut, Terengganu
Tel : 09-6956422, 09-6956416
MARANG
HOTEL SERI MALAYSIA
Lot 3964, Kampung Paya
21600 Marang
Terengganu
Tel : 09-6182889, 09-6182015, 09-6182471,09-6182012
Faks : 09-6181285
GEM ISLE SDN. BHD
Pulau Kapas
21600 Marang
Terengganu
Tel : 09-6245110
KAPAS ISLAND RESORT
T-009, Blok Teratai, Taman Seri Kolam
Jalan Sultan Sulaiman
20000 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6316468
HULU TERENGGANU
TASIK KENYIR GOLF RESORT
P.O Box 32, Pos Malaysia Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6668888
HUTAN LIPUR SEKAYU
Pejabat Hutan Lipur Sekayu
Hulu Terengganu
Tel : 09-6811259
KENYIR SANCTUARY RESORT
P.O Box 24, Pos Malaysia Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu
Terengganu
Tel : 09-8244360
Faks : 09-8241504
RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
Pulau Sah Besar,
21700 Tasik Kenyir
Hulu Terengganu
Terengganu
Tel : 019-2828586
DUNGUN
TANJONG JARA RESORT
Batu 8, Jalan Dungun
23009 Dungun
Terengganu
Tel : 09-8451100
RESIDENT RESORT PAKA
Lot 473, Kampung Cacar
23100 Paka
Dungun, Terengganu
Tel : 09-8273366
Faks : 09-8273388, 09-8272817
E-Mail : rrp@tm.net.my
TENGGOL AQUA RESORT
Pulau Tenggol, d/a : No 8, Jalan Sungai Penaga
23000 Dungun, Terengganu
Tel : 09-8444868
KEMAMAN
AWANA KIJAL GOLF, BEACH & SPA RESORT
KM 28, Jalan Kemaman/Dungun
24100 Kijal
Kemaman, Terengganu
Tel : 09-8641188
Faks : 09-8641688
CHENEH RECREATION & RESORT
Bandar Cheneh Baru
24000 Kemaman
Terengganu
Tel : 09-8730540, 09-8730558
Faks : 09-8730542
KERTEH LODGE
Bandar Baru Kerteh
24300 Kerteh
Kemaman, Terengganu
Tel : 09-8264307, 09-8265307
Faks : 09-8263452
Kerteh INN
K8813 , 2 nd Floor , BGN MPK
Kerteh Jln Besar KERTEH
Tel : 09-8266627
SETIU
SUTRA BEACH RESORT
Kampung Rhu Tapai
Merang
21010 Setiu
Terengganu
Tel : 09-6696200, 09-6531111
Faks : 09-6696410, 09-6531226
MERANG BEACH RESORT
Pantai Peranginan Merang
Setiu
Tel : 09-6099377, 09-6239018
Jom Jogging di Dungun
Bukit Bauk merupakan hutan simpan di Daerah Dungun. Kawasan ini telah dimajukan dengan kemudahan trek jogging. Selain berjogging, pengunjung juga boleh meredah hutan simpan Bukit Bauk ini. Kebiasaannya pada hujung minggu trek ini dipenuhi oleh para pengunjung daripada pelbagai golongan samada pelajar dari politeknik Sultan Mizan yang berhampiran, golongan dewasa dan kanak-kanak pada waktu pagi dan petang. Jom lah berjogging...
Friday, July 2, 2010
TALIAN KECEMASAN
Ibu Pejabat Polis Daerah
Polis Diraja Malaysia
Jalan Yahya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman.
Tel :09-6354722
Faks : 09-6226941
Hotline : 999
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT
Dungun, Jln sungai Penaga,
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-848 4444
Faks : 09-845 3420
PEJABAT PERTAHANAN AWAM DAERAH
JKR 49, Jalan Yahya Ahmad
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-8422030 , 8422031
Faks : 09-8422032
Hotline : 991
HOSPITAL DUNGUN
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-844 3333
Faks : 09-8444160
KLINIK PAKA
119 Jalan Besar, 23000, Dungun, Terengganu
No.Tel: 09-8271442
KLINIK ZAM
Lot 6520, Tingkat Bawah,
BT 48 Jalan Dungun-Paka
23000, Dungun, Terengganu
No.Tel: 09-8423471
KLINIK AN-NUR
PT 8575, Tingkat Bawah AO,
Jln Baru Pak Sabah,
23000, Dungun, Terengganu
No.Tel : 09-848 4300
KLINIK RAKYAT
Lot 4940 Jln Besar, Teluk Lipat,
23000, Dungun, Terengganu
No.Tel: 09-8481892
KLINIK RAIHAN SDN BHD (KR)
Lot 6517, Kedai No. 1, Tingkat Bawah
Kg. Batu 49, Jalan Paka
23000 Dungun
Terengganu
No.Tel : 09 - 8482891
TANJUNG JARA
Saksikan ketenangan Laut China Selatan, saat anda berada di pantai dengan pasir halus di sini. Terletak berdekatan Laut China Selatan, Pantai Tanjung Jara mempunyai kawasan pasir halus keemasan yang menarik. Alami pengalaman luar biasa melihat matahari naik serta terbenam dengan hembusan lembut bayu laut di wajah anda. Pantai ini juga lokasi menarik untuk luncur air, menaiki bot, kayak, menyelam dan pelbagai sukan air lain. Penyu turut datang ke kawasan pantai ini sewaktu musim penyu bertelur antara bulan-bulan Mei hingga September.
Tips
Saksikan penyu di malam hari antara bulan Mei dan September apabila penyu-penyu naik ke pantai untuk bertelur.
Pengangkutan
Bas
Beli tiket bas di Stesen Bas Putra, tiket Kuala Lumpur ke Dungun, Terengganu. Bas tempatan: Ambil bas dari stesen bas Dungun ke Tanjung Jara.
Kereta
Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, gunakan lebuh raya timur (lebuh raya Karak) ke arah Kuantan. Masa perjalanan sekitar 3½ jam. Setelah anda tiba di Kuantan, ikut arah timur laut di lebuh raya 3 (pesisiran pantai) hingga sampai di Dungun. Dari Kota Baharu pula, ikut arah selatan menggunakan lebuh raya 3 (pesisiran pantai) hingga tiba di Chukai.
Kapal Terbang
Terdapat penerbangan ke Kuala Terengganu menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, ambil teksi ke Tanjung Jara.
Talian Untuk Dihubungi
Hubungi Pusat Maklumat Pelancongan Terengganu di tel: 609-622 1553 atau faks: 609-622 1957
Penginapan
Terdapat beberapa kemudahan penginapan di kawasan ini mulai hotel bertaraf 4 bintang ke hotel bajet, villa dan pelbagai pilihan untuk pengunjung ke sini.
RANTAU ABANG
Satu lagi tempat yang sepatutnya termasuk di dalam jadual percutian pelancong ialah Rantau Abang yang terletak 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di sini, pelawat boleh menunggu dari tengah malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran yang tidak mungkin dapat dilupakan pelawat.
Penyu raksasa ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan beratnya kadangkala melebihi 375kg. Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini dari bulan Mei hingga September.
Penyu dan telur penyu ini adalah dilindungi. Telur penyu dikesan dan dialihkan oleh ahli sains ke pusat inkubator di mana persekitarannya akan dikawal bagi menentukan jantina penyu yang menetas sebagai usaha agar spesis ini terus wujud.
Tips
Setibanya anda di pantai ini, kunjungi Pusat Maklumat Penyu di sini bagi mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur
Pengangkutan
Jalan Darat (Bas)
Perkhidmatan bas dari pekan Marang ke Rantau Abang disediakan setiap setengah jam.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian :
+609-622 1433 / 1893
Penginapan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian :
+609-622 1433 / 1893
PULAU TENGGOL
Pulau Tenggol merupakan sebuah lagi destinasi menyelam yang mempesona dan terletak hanya 45 minit dari persisiran pantai Kuala Dungun di bahagian selatan negeri Terengganu. Pulau ini kecil - hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimana pun, ini tidak menghalangnya dari dianggap sebagai 'syurga' lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam skuba.
Pedalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini mengunjur dari pedalaman pulau terus hingga ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut - seperti dinding kanvas bagi hidupan laut - yang tidak jemu di kunjungi penyelam skuba.
Tips
Berhati-hati dengan arus deras di Tenggol sekiranya anda menyelam di sini. Kebanyakan sesi menyelam dirancang di waktu perantaraan air pasang-surut, apabila laut lebih tenang. Namun demikian, arus laut mungkin kuat - sesuai untuk selaman hanyut!
Pengangkutan
Jalan Darat
Naiki bas atau teksi ke pekan Dungun. Dari Kuantan, naiki bas di Terminal Jalan Besar. Jika anda datang dari Kuala Terengganu, naiki bas di Stesen Bas Pusat Syed Hussin.
Jalan Laut
Dari jeti Dungun, naiki bot untuk pergi ke Pulau Tenggol.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893
Penginapan
Pulau ini mempunyai resort yang selesa, tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam skuba yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.