Sunday, July 11, 2010

Festival Gamelan Sedunia di Terengganu Julai


LIMA belas kumpulan gamelan akan mengambil bahagian dalam Festival Gamelan Sedunia 2010 anjuran kerajaan negeri Terengganu di sini, Julai ini.

Festival itu akan menjadi medan untuk mengetengahkan muzik tradisional itu ke peringkat antarabangsa.

Daripada situ muzik gamelan dari seluruh dunia terutama dari wilayah Nusantara boleh diangkat dan martabatkan supaya setanding dengan muzik-muzik etnik dunia yang lain.

Penolong Pengarah Muzium Terengganu, Mohd. Noor Ismail berkata kepada Bernama, kumpulan-kumpulan itu termasuk dari Indonesia, Jepun, Eropah dan peserta tempatan.

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap festival itu akan menjadi medan pertemuan antara kumpulan-kumpulan gamelan dari seluruh dunia untuk mengenali antara satu sama lain, katanya.

Katanya, ia juga bertujuan mengangkat kumpulan gamelan tempatan ke pentas antarabangsa setanding dengan kumpulan gamelan antarabangsa.

Mohd. Noor berkata, sempena festival itu juga akan diadakan bengkel alat muzik gamelan Jawa, Melayu dan Bali kepada pemuzik-pemuzik gamelan.

Beliau berkata, festival itu akan berlangsung di Dataran Syahbandar, dan ini merupakan tahun kedua ia diadakan oleh kerajaan negeri.

Mohd. Noor berkata, festival tahun lepas telah disaksikan lebih 5,000 peminat gamelan di negeri ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails