Saturday, July 10, 2010

RTES 1 kekal unggul

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berjaya menerajui pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) 1 untuk menduduki tempat kedua acara berpasukan di Kejohanan Kuda Lasak Trofi Malaysia - Thailand 2010, di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu di Lembang Bidong, Setiu, baru-baru ini.
Baginda yang menunggang Jakim Murphy berusia 12 tahun menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 5 jam, 4 minit dan 41 saat, manakala anakanda baginda, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang menunggang RTES Smith melintasi garisan penamat selepas 04:56:15s.


Dua lagi penunggang pasukan RTES 1 iaitu adinda Tuanku Mizan, Tengku Seri Temenggong, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud dan Nor Nadia Badrul Hisham, masing-masing memerlukan 04:56:14s dan 04:56:20s untuk menamatkan perlumbaan yang bermula pada jam 9 malam.


Kejayaan pasukan RTES 1 melengkapkan kemenangan mutlak RTES apabila pasukan RTES 2 yang dianggotai Pairin Sungkit, Rai Mundo, Mohd Bulkhari Rozali dan Jeffree Zainuddin muncul juara kategori berkumpulan 80km.


Mereka yang sebelum ini menjuarai kejohanan edidi pertama di Pattaya, Thailand Mac lalu, kali ini berjaya mencatat masa terkumpul terpantas 17:05:52s untuk sekali lagi muncul juara.


Sementara itu, peserta Kelab Tengku Mahkota Kelantan (TMK), Rostam Mohd Nor yang menunggang kuda bernama Janor Kappa dinobatkan juara acara 80 km individu dengan catatan masa 03:23:27s dan membawa pulang hadiah wang tunai AS$1,000 (RM3,234) dan piala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails