Sunday, August 29, 2010

RESEPI 3 : ASAM GUMPAL



Bahan-bahan ( 20 biji )

* ***untuk buat sagu & inti ***
* 200 gm sagu biji (basuh dan toskan)
* 100 gm kacang hijau
* garam, gula secukup rasa
* ***untuk buat kuah***
* 2 cawan santan
* satu inci halia (dimayang halus)
* sesudu halba
* garam, gula secukup rasa

Cara-cara

Inti

kacang hijau tu seeloknya rendam dulu, kemudian baru rebus sampai empuk. masukkan garam dan gula secukup rasa. kalau inti asam gupal ni manis sikit baru sedap. masak sampai kering, kemudian bulatkan kecik - kecik.

sagu biji yang ditoskan tadi tu siramkan dengan air panas, jangan banyak sangat siramnya, nanti lembik jadi sagunya.

gunakan plastik, ambik sagu tu, kemudian kepal- kepalkan, dah tu leperkan sikit dan isi ngan inti kacang tadi, kepalkan bulat balik. kalau tak guna plastik nanti sagu tu akan melekat kat tangan.

susun dalam loyang dan kukus dalam masa 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu tu masak.

untuk buat kuah---

Campurkan semua bahan, kacau jangan biar santan berketul, kemudian bila dah mendidih masukkan sagu yang dah dikukus tadi.

boleh dimakan panas - panas atau sejuk.

3 comments:

  1. mintok izing deh kakNo amik poh kat group SAYA ANAK TERENGGANU

    http://www.facebook.com/groups/satmail/

    ..ade member nok tau care buat pok abah demang nim hehe..kakNo bese buat hok kosong je..

    ReplyDelete
  2. hoo selagi kalu buleh buat widget suku ah tuk RESEPI deh..same macam hok sebloh kiri num..senang nok cari situ..

    ReplyDelete
  3. rindu nak makan asam gumpal.. duduk kat klang ni susah nak cari makanan tradisional trengganu... suami orang klang... kalau kita masak dia xsuka makan.. katanya xbiasa... sudahnya malas nak buat sebab makan sorang aje..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails